Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2016

Pelangi Ke-empat

< Jumaat yg lebih indah drpd biasa || 21st December 2012 || sembilan tiga puluh tujuh pagi >  "Kalau nak dibandingkan, sebenarnya jaga (hafazan) AlQuran lagi susah drpd jaga hati"   -Sahabat Syurga   betul. sbb kita ni manusia. Lalai, cuai, sering lupa; mmg sifat kita. Tapi belum terlambat kan utk 'memikat hati' Sang Pencipta? وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ "Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik" (Surah Al-Ankabut: 69) 2013 Tahun pertama,  nampak murajaah Al-Quran kurang penting. 2014 Tahun kedua, dpt semangat drpd bidadari-bidadari syurga. 2015 Tahun ketiga,  kenal erti "sendiri" yg sebenarnya tk pernah sendiri. 2016 Tahun keempat,  pertolongan dtg bertubi-tubi. Tahun-tahun akan dtg?

Ada apa pada nama .

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَعِبٌ وَلَهْوٌ ۖ وَلَلدَّارُ الْآخِرَةُ خَيْرٌ لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ ۗ أَفَلَا تَعْقِلُونَ ( 6:32) Pangkat dikejar Jawatan dijunjung Nama dituntut Aduhai Betapa ramai yang hanyut dalam arus duniawi Tenggelam dalam nafsu sendiri Yang dikejar itu Atau yang dijunjung Mahupun yang dituntut Mungkin banyak manfaat yang dapat digapai Dan semakin dikenali ramai Satu kejayaan buat sesetengah orang Tapi kalau buat pahala kurang Silaturrahmi goyang Mardhatillah hilang Nak teruskan atau lepaskan? Ingat semua itu adalah amanah Dan amanah bakal dipersoalkan Akhirnya Ada apa pada nama jika kau tak dapat pandu ke arah islah? 💕 19th Rabiulawwal 1438H 💕

Degil

|| Saya bercita-cita untuk menjadi sebenar-benar Hamalatul Quran agar dpt menjadi Hamba yang paling Allah sayang. Doakan saya, ya? || “Isyh, degil la erika ni!” “Alaa degil sgt ke? 😢” “aah, degil sgt. Da tawu tk kuat tp nk jugak buat” “tapi, degil kita degil yang positif kan? 👉👈” (mmg case tknk kalah. eheh.) Moga degil, Degil dalam membuat sesukar manapun sebuah kebaikan. Degil dalam melaksanakan seberat manapun sebuah kewajipan. Degil dalam mempertegakkan hak-hak Islam walau sehebat manapun dugaan yang datang. Moga sifat degil yang ada dlm diri ini membuahkan hasil  untuk Islam yang dicintai, Ummah yang dikasihi, Dan Allah yang disayangi.  Moga tetap degil untuk terus usaha menyucikan hati dan mengikhlaskan semuanya untuk Ilahi.  💕 9th Rabi'ulawwal 1438H 💕