Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2017

Qowiyyun Ameen .

Pentingnya ada sahabat yang mempunyai matlamat yang sama. Tapi kalau tak ada, Allah tu kan sentiasa ada? :)  Pernah ketika aku jatuh dahulu, sahabat syurga datang menghulurkan tangan. Ringkas tapi penuh makna, katanya;   "Kau akan hilang dunia  demi mempertahankan ikatan kau dengan Tuhan"  Kuatlah sang bidadari Tegas berprinsip Malu pada tempatnya Cakap bila perlu Raikan tak sampai lalai Diam yang menyampaikan Masa dihargai Quran jadi teman setia Adab mantap Pandangan terjaga Berani kerana benar Amanah terlaksana Jauh daripada fitnah Sabar mendamaikan Ujian membangunkan MencintaiNya secara tabteela Tuhan, Disaat aku perlu membuat pilihan, Izinkan aku untuk tetap memilihMu sebagai akar bagi segala pilihanku. * angkat tangan tinggi-tinggi * bidadari syurga itu lebih dikenali atau lebih dihormati, ya? ت || kisah semalam yang tercatat beribu pengajaran || 💕21st Jamadilawwal 1438H💕