Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

Pertama dan Permata .

||khatam hafazan alQur'an sekali lagi|| 30031440H/08122018M || 9.03pagi || office murobbi || UNISSA, Brunei Darussalam || Banyak kali diulang,  "Allah nak pilih anti jadi jutawan akhirat. Tak nak ke?" -Murobbi . Kau patahkan hatiku Kau hilangkan harapanku Kau palingkan dunia dariku Semua kerana satu; Agar aku kembali kepadaMu Kau hadirkan dia Sebagai teman setia Tak pernah meninggalkan Walau terkadang selainnya Lebih aku utamakan Diturunkan lebih seribu empat ratus tahun lalu Dengan izinMu, telah sampai kepadaku Zahirnya aku berusaha untuk menjaganya Tapi kerana rahmatMu, aku yang terpelihara Bersamanya pada sepertiga malam Hatiku tenteram Walau suasana mungkin suram Ketika hari mula terang Dengannya, keresahanku seakan terbang Dan kekuatan pun datang Bila senja kian menyerlah Ia mengajarku untuk tidak mengalah Walau aku tersungkur lelah Ketika langit dipenuhi bintang-bintang yang bertaburan Aku masih sedar bahawa bersamanya bukan

Syafaakillah .

Allah Tuhan kita semua. Sebesar manapun kesalahan kita, DIA sentiasa menanti untuk menerima taubat kita. Tapi, adakah kita mencari DIA? ت .................................... Untuk pancaindera yang tak terjaga Untuk ibadah yang banyak kurangnya Untuk hati yang penuh dengan bintik-bintik dosa Syafaakillah . ; Syafaakillah . -Eri.Sa 1541Hrs, 09031440H/ 17112018M. || Musim exam. Sakit sikit. Tapi lebih baik sakit jasadi daripada hati mati, kan? ت Doakan erika, okay? ت|| ................................. Di dalam sidang pengadilan rasa, Yang tertuduh tanpa ragu-ragu mengaku bersalah; Tertuduh: Benar, Yang Arif. Saya telah mencuri hatinya. Hakim: Apakah hukuman yang anda rasa layak untuknya, wahai mangsa? Mangsa: Yang Arif, jika benar dia disabit bersalah, izinkan saya untuk penjarakan dia di dalam hati saya sebagai raja yang dapat mentadbir generasi saya hingga layak menakluki kota Syurga ت

Retak tak terbiar .

المرء على دين خليله -أو كما قال ص "Let them win. The truth will prevail" -Dukturah . Dunia nyata bukan imaginasi Dirakam untuk dihisab nanti Lidah mereka mengungkap benci Nasihat tak lagi didengari Gerak-gerinya terlihat keji Keegoan bertakhta di hati Hati-hati menjarak pergi Lemah lidah menasihati Lelah telinga menadah emosi Lemas mata menatap ekspresi Hati sudah tak tertahan lagi Tibalah waktu melangkah pergi Bila nanti diperlihatkan segala cerita Ada yang riang, ada yang berduka Lidah terkunci tertahan bicara Telinga merakam bisikan kata Pipi dibasahi curahan airmata Peluang kedua sudah tiada Kekesalan menghantui mereka Gerakan lidah membuah pahala Dirinya disambut dengan mulia Tangisan di dunia diambil kira Mujahadahnya tak sia-sia Jalan lurus dikhaskan untuknya Memakan diri atau semakin disayangi Bagaimana agaknya pengakhiran kita? ; Retak tak terbiar . -Eri.Sa 1357Hrs 14021440H/ 23102018M Orang yang tersalah tutur atau hati ki

Syumul .

♧; "erika, nak gi mane tu?" ♡; "Dating" Bersama al-Qur'an, yang dinilai bukan siapa yang paling cepat sampai ke penghujung garisan, melainkan siapa yang paling berat timbangan kesungguhan. Sabar dan terus sabar, ya? ت  - Self-reflect . ............... Disaat tenggelamnya insan dalam tangisan al-Qur'an merupakan pujukan untuk tetap bertahan  Menuntut sabar dalam ujian Di saat dunia terhias dengan kelalaian al-Qur'an datang bersama peringatan untuk tidak mensia-siakan banyaknya sahutan agar insan segera kembali pada Tuhan Di saat ciptaanNya sibuk mencari erti kebahgiaan al-Qur'an menjawab segala persoalan Memupuk kebersamaan Mengajar erti kesetiaan untuk memperoleh kebahgiaan yang berpanjangan Biar tak terlihat di sisi insan tapi harum mewangi di sisi Tuhan Sedarkah, Kita semua memerlukan peneman yang dapat menawarkan sebenar-benar kese

Dua Puluh Empat .

I grew up wanting life like a fairytale. little did I know that only HIM could make magical things happen ت B etapa banyak ujian yang diberikan seolah-olah tak mampu dihadapi,  tapi tiada satu pun yang berlalu melainkan untuk mengingatkan bahawa DIA sentiasa ada di sisi . ;Self-reflect . Dua puluh empat tahun . Aku menghulur satu DIA membalasku seribu Baru terdetik keinginan DIA memberi apa yang aku perlukan Kalaupun airmata tak lagi tertahan Sahutanku tak pernah DIA biarkan Tiada satupun ujian yang melanda Melainkan untuk meingingatkan "Aku ada" Ingin selalu melafazkan syukur Tak mahu menjadi hambaNya yang futur Terimakasih Tuhan Atas nikmat Islam dan Iman  ; 24Tahun dalam kenikmatan . -Eri.Sa 0447Hrs 29121439H/ 10092018M . || Moga semakin terpilih untuk menjadi hambaNya yang Mutee'ah ||  Saja nak luahkan dan abadikan di sini; {10th September 2017- 10th September 2018} Setahun yang penuh emosi. Setahun yang banya