Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2018

Pilihan .

Jika terbentang pilihan, pilih yang bakal menguntungkan ت Jangan terlalu memilih Juga jangan terpaksa memilih Pilih yang Allah pilih Pilih untuk jadi yang terpilih Pilih yang memilih DIA Kita berhak untuk memilih bahagia Pilihan tak selamanya di tangan kita Pilihan DIA yang paling sempurna Pilih untuk setia denganNya Walau seluruh dunia tak memilih kita ; Pilihan . -Eri.Sa 2007HRS, 11071439H/29032018M. ................................................................ Saya pilih warkah cintaNya.  Awak pilih apa?  Jom lah join kita ت

Deep blue oceon II .

All these sunflowers, you still haven't come to shine on me ت *** *** *on the phone with MamaLove the night before going back to Singapore*, "ma, macam mane ni? chocolates yang mama kirim semuanya takde. nak ganti dgn apa?" "tkpe, da selalu sangat beli kan. kali ni tak payah" "tapi, ma. takkan tak nak pape? pelik la luggage kosong" "okay, dik. mama nak kirim menantu boleh?" *shocked but dengan penuh keyakinan*, "hmm yang tu tunggu kat musabaqah jela. ade tu nanti kat sana insyaallah" *mulut mak VS selambanya anak, agak2 sape yang menang? both kalah kot. anak ni takde kawan lelaki. adehhhhh* *** "Sorry zulfaqar. this time kak ika tk beli byk bende. duit tak cukup" "nevermind la. that's not important" *diam kejap, look at me *,  "you know what? you at home is already a present. its the real happiness" *kak ika confused tu pick up line ke jujur, but why my eyes mcm masuk habuk eh

Titian muflihin .

Tidak inginkah di sana nanti, kita mengingat kembali sejarah kita di sini sambil tersenyum? ت Kau mempersoalkan caraku Sedangkan aku mengikuti garisan Yang ditetapkan Tuhanmu Kau kata zaman sudah berubah Bila aku mengajakmu Untuk bercinta dengan Kalamullah Kau menghukumku sebagai mutasyaddidin Sedangkan aku ingin menikmati manisnya Terpilih sebagai golongan mukhlasin Terlupakah, Dunia cuma tempat bertanam Agar disana dapat meraih kemenangan? Titian muflihin; -Eri.Sa 2313HRS, 15032018M/27061438H. || Presentation utk assignment tadi tak berakhir di bilik kuliah || ﴿ قَالَ فَبِعِزَّتِكَ لَأُغۡوِيَنَّهُمۡ أَجۡمَعِينَ إِلَّا عِبَادَكَ مِنۡهُمُ ٱلۡمُخۡلَصِينَ ٨٣ ﴾ ٨٢     "(iblis) menjawab, 'demi kemuliaan-Mu, pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang terpilih antara mereka' "  { Surah Sad; <38:82-83>} Moga kuat ketika diuji Lembut tika dinasihati Tak menghukum org tapi saling memperbaiki diri .......

Jatuh-bangun .

Pimpin saya dgn cara yg diredhaiNya ت Aku takjub pada mereka yang digelar penghafaz al-Qur'an tapi akhlak dan adab lintang pukang Dan sebenarnya aku takjub bahawa itu adalah aku Cuma aku juga manusia Yang memang tak selamanya kuat Maka Aku mengharap engkau Sudi menasihatiku Aku manusia biasa Ingin cuba Menjadi yang terbaik  menurut DIA  Agar kau dan aku  Sama-sama bahagia Jatuh-bangun; -Eri.Sa 1427Hrs, 08032018M/20061438H. ||Sayap lemah tapi tak patah||  Saya tahu, kebenaran lebih sukar diterima  jika disampaikan dgn kurang adab. Maafkan saya, ya? ت

Tuhan Masih Sayang .

  Merah-merahnya hati, merah lagi cinta kita jika disandarkan kpdNya ت Terangnya pagi kerana sinaran mentari, Terangnya hati kerana bersangka baik pada Ilahi. Merahnya awan kerana pantulan matahari senja, Merahnya hati kerana masih diberi peluang. Gelapnya malam bila tiada bulan-bintang, Gelapnya hati bila tiada iman. Tuhan masih Sayang. || Tak boleh cepat sangat give up || 29th Safar1439H/17thNov2017, Surau AsySyafie, Unissa. Brunei Darussalam. /////////////////////////////////////////////////////////////////// Dan hari ini, Pintu rahmat masih terbuka luas,  Adakah patut pintu hati terkunci rapat? || tiada 29 feb tahun ni. tapi kita tak akan give up utk raih cintaNya, kan? || 💕13th Jamadilakhir 1439H💕