Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2018

Tarian Pena .

Menulis tanpa bunga kata ibarat awak tanpa saya. Ehhh ت Aku menulis untuk meluahkan  Isi hati yang terpendam Mengharapkan Ia dijadikan tatapan pengajaran Aku menulis Sebagai salah satu pujukan Untuk mengembalikan Segalanya kepada Tuhan Aku menulis Dengan harapan Ganjaran kebaikan Tertulis di bahu kanan Aku menulis Untuk saling mengingatkan KeredhaanNya Adalah sebenar-benar tujuan kehidupan Aku menulis Bukan untuk menempah nama di mata dunia Cukuplah tarian pena ini juga diredhaiNya Aku menulis Bukan untuk dijulang tinggi Ia hanyalah catatan sepanjang perjalanan Dalam mencari cintaNya yang hakiki Aku menulis Bukan untuk menghukum orang Jauh sekali untuk merendah-rendahkan  Aku menulis dengan segunung harapan Kita sama-sama dapat membina kesatuan Agar dapat ke SyurgaNya Secara berpimpin tangan  Aku hanya menulis Ilham penulisan ini pun sekadar pinjaman ; Tarian Pena . -Eri.Sa 0843Hrs 11101439H/ 25062018M. || Bertafakkur sepanjang perja

Cerminan .

Terkadang, yang retak itu lebih bijak membina kekuatan, kan? ت Bukan yang retak itu tak berharga Tapi kita yang tak pandai menghargainya Bukan yang gelap itu tak manis dipandang Tapi kita yang tak memandangnya  Sebagai salah satu daripada warna kehidupan Sepasang mata pun bukan milik kita Mengapa masih ada yang ingin merebut kuasa? ; Cerminan . -Eri.Sa 2201Hrs 09101439H/ 22062018M . || jamuan bersama warga Darul Huffaz. makan-makan sambil memikir  ||  Izinkan saya untuk menjadi cerminan awak, boleh? ت

Deep blue oceon (Raya) .

dalam kesibukan mengeratkan hubungan antara sanak saudara, apa kata kita adakan masa untuk mengunjungi rumahNya? ت ***** ***** "Ni yg anak salwa nombor 2 kan?" "Aah, ni la yg brunei" "Eh, tak nek. Erika org singapore, belajar je kat Brunei. eheh " ***** *mama call sblm serbu rumah orang*, "Ade rumah tak?" "Ada2. Datanglah. Semua ada? erika ada?" "Ah semua ada ni. erika pun ada." "Kay, jemputlah datang. Ade org nk tgk" *alamak, terase tak jadi nk dtg beraya* ***** "Erika, dah ade ke?" "Eheh kalau jodoh untuk kahwin tu belum la cik. tapi Alhamdulillah, ade jodoh dgn Quran" "insyaallah ade la tu nanti. cik selalu doakan Erika dapat jodoh yang baik2, yang bole tgkkn (hafazan) Quran Erika" "hehe terimakasih, cik sbb selalu ingat untuk doakan Erika. Erika mmg sgt2 perlukan doa drpd semua orang" *mood: terharu* ***** "kalau yg mak nak yg ni,

Ramadhan di hati .

Saya tunggu? ت Andai ini pertemuan terakhir kita Sehabis daya sudahkah usaha kita Dalam mensyukuri kehadirannya?  Andai penantian terasa begitu lama Cukup sudahkah bekalan kita  Untuk mendidik sabar dalam menantikannya?  Andai takdir bukan yang kita pinta  Kuat sudahkah hati kita  Untuk menerima susunanNya?  Tapi itu semua nanti  Kerana yang perlu dipersoalkan kini Apakah yang kita impikan kini Dapat membimbing diri  Ke arah redha Ilahi?  بارك اللهم لنا في شهر رمضان. اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عنا. اللهم لا تجعل هذا رمضان أخيرا لنا. اللهم بلغنا رمضان في كل عام، يا أرحم الراحمين 💕 ; Ramadhan di hati .  -Eri.Sa  2313Hrs 29091439H/ 13062018M  ||malam 29Ramadhan1439H. Mohon sgt bukan yang terakhir||   Masih ada masa berbaki,  Jika kita benar-benar menghargai.  Jom ringankan tangan agar dapat memberatkan timbangan ت .........................................................  Awak, dah fikir nak jadi imam sepanjang hayat di hati siapa? ت

Ada rindu .

Awak jadi imam terawih di mana? ت Ada rindu Rindu pada kenangan yang tercipta Tapi tidak mungkin dapat kita memutarkan masa  Ada rindu Rindu pada ujian yang membentuk kita Tapi tak sanggup melaluinya untuk kali kedua Ada rindu Rindu pada diri kita yang lama Tapi untuk memaknakan erti syukur itu lebih utama Ada rindu  Rindu yang perlu diterjemahkan dengan perbuatan dan kata-kata  Tapi ada rindu  Rindu yang cukup sekadar diluahkan melalui perbualan antara kita dan DIA  Dan segala rasa rindu yang ada Pimpinlah hati kita  Agar dapat menimbangtara  Baik atau sebaliknya  Sesuai dengan matlamat kita Untuk menggapai keredhaanNya Persoalannya Pernah tak rasa rindu pada seseorang yang belum pernah kita jumpa mahupun tahu kewujudannya?  ;Ada rindu . - Eri.Sa  2357Hrs 09062018M/ 25091439H || ada rindu yang datang menyapa pada malam 25Ramadhan. Cuma tak pasti kepada siapa dan bagaimana ia bermula || ...............................................................

Rindu Haramain .

Ziarah akan datang, awak dan saya pergi sama-sama?  ت Umrah 2004 Hanya sepuluh hari di Tanah suci Hanya sekecil sepuluh tahun; tika masih suka berlari-lari 14 tahun berlalu Tak putus-putus membisikkan rindu Bila nanti tibanya waktu Rindu tetap ada walau sedang bertamu اللهم ارزقنا زيارة بيتك الحرام وروضة رسولك الكريم 💕 Malam 17thRamadhan1439H; AlQuran, bukti kasih sayang Allah kepada hambaNya. Apakah bukti kita menghargainya? ت ..................................................... JOB VACANCY: Mahram Needed. Mahram yang dapat menemani saya ke Tanah Suci dan juga syurga Firdausi ت