Skip to main content

Tersingkap .

Apa yang awak nampak dahulu? Tak kisahlah apa yang awak nampak dahulu. Yang penting, saya nampak awak ada potensi untuk mendidik generasi kita ت

"Fikirku, peduli apa sama manusia?!
Cuma Allah yang aku mahu. 
Bisikku, ada apa pada dunia?!
Cuma syurga impianku. 
Rupanya, tiada jalan menujuMu tanpa
Menyantuni makhlukMu terlebih dahulu.
Kiranya, tidak terbuka pintu syurga
Jika dunia tidak dijaga" 
-Mufti Singapura, 
Dr.Fatris Bakaram.


Andai tulus sayangnya kita pada DIA
Berdepanlah dengan hamba-hambaNya 
sebagaimana yang DIA cinta
Berurusanlah dengan ciptaanNya 
dengan rasa kasih
sehingga tiada yang tersakiti 
kerana kita 

Andaipun kita yang tersakiti 
dengan sikap manusia 
Katakanlah; 
Allah, pilihlah aku untuk 
menjadi orang yang sabar keranaMu 

Andaipun ketika ingin sekali kita 
melepaskan rasa marah 
kerana sikap mereka
Katakanlah; 
Allah, kerana mereka juga
makhluk yang Engkau cipta
Izinkan aku untuk hanya membalas 
perbuatan mereka dengan kebaikan 
Kerana aku 
Terlalu ingin menyayangi 
Apa sahaja yang datang dariMu 

; Tersingkap .
-Eri.Sa
1947Hrs
19111439H/ 31072018M. 
||di surau, tak dapat focus murajaah sbb terfikir apa yang jadi siang tadi. Nama pun manusia, masalah sentiasa ada. Yang penting adalah cara kita memandangnya||

.................................................

Satu hari nanti bila kita minum petang bersama, kalau teh saya kurang gula, boleh tak awak tambahkan rasa manisnya? ت

Comments

  1. Lucky Club: Play Live Casino Online | LuckyClub.live
    › events › lucky-club › events › lucky-club Lucky Club is the most popular casino in the UK. luckyclub Visit us today to get the latest casino games, promotions and promos! We also have the biggest jackpots

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Setuju untuk se-tuju .

"Lagi?" "Yup, nak berulangkali" #1 "Betul ke?" "I choose to hold on to this, no matter how the actions said otherwise" "Means you are guiding your heart well lah" Sesuatu yang samar-samar, anggap lah ia cuma hiasan perjalanan hidup. Cukup. #2 "Nak balik sama-sama?" "Tapi kita tak sehaluan" Ada orang, tak sehaluan bukan jalan pulang sahaja. tapi termasuk jalan hidup juga. Tak salah jika cara kita berbeza, yang salahnya apabila sikap toleransi tidak ingin dibina bersama. Maka, lebih baik dinoktahkan sahaja. #3 "Sebatas kagum?" "Yup. Sebatas kagum" Back to basic. Jika belum pasti ke arah mana yang ingin dituju, jangan memberi harapan, jangan pula meletak harapan. Serahkan saja pada Tuhan. #4 "Nak message direct tak? sebab panjang sanad kita ni" "Alamak. nak qobiltu pun susah" Bantu bila perlu tetapi tetap sekadarnya. On a serious note, orang yang baik-baik ni, respect lah masyaall

Aku yang kau gelar Hafizah .

Seperti ayat mutasyabihat, awak dan saya pasti ada rahsia tersendiri ت Aku yang kau gelar Hafizah Terlalu jauh dari sempurna Mula menghafal tertatih-tatih Mengulang masih mengadu letih Sana sini mushaf di tangan Sejuzuk pun belum tentu dalam ingatan Disoal sepotong ayat laju aku perdengarkan Lidah aku Tuhan yang gerakkan Ingin sekali Suhbatul Quran Tapi masih bermalas-malasan Jadikan ilmu sebagai amal belum terlaksana  Peribadiku tak berupa Bidadari Syurga Aku tak semulia yang kau sangka Cuma k elemahanku, Tuhan masih jaga  Bukan aku mahu dipandang hina Cukuplah kau tak lupa aku juga manusia Aku tak kata huffaz semua sama Biasalah manusia, ujian berbeza-beza Tak juga kata "jangan hafal Quran" Taman syurga telah Allah janjikan Segala puji bagi Tuhan Aku temui luka yang membahagiakan Daripada menilai aku sebaik-baik manusia Apa kata kau hadiahkan aku doa ; Aku yang kau gelar hafizah . -Eri.Sa 2233Hrs 02121439H/ 13082018M || Redha siap