Skip to main content

Aku yang kau gelar Hafizah .

Seperti ayat mutasyabihat, awak dan saya pasti ada rahsia tersendiri ت

Aku yang kau gelar Hafizah
Terlalu jauh dari sempurna

Mula menghafal tertatih-tatih
Mengulang masih mengadu letih

Sana sini mushaf di tangan
Sejuzuk pun belum tentu dalam ingatan

Disoal sepotong ayat laju aku perdengarkan
Lidah aku Tuhan yang gerakkan

Ingin sekali Suhbatul Quran
Tapi masih bermalas-malasan

Jadikan ilmu sebagai amal belum terlaksana 
Peribadiku tak berupa Bidadari Syurga

Aku tak semulia yang kau sangka
Cuma k
elemahanku, Tuhan masih jaga 

Bukan aku mahu dipandang hina
Cukuplah kau tak lupa aku juga manusia

Aku tak kata huffaz semua sama
Biasalah manusia, ujian berbeza-beza

Tak juga kata "jangan hafal Quran"
Taman syurga telah Allah janjikan

Segala puji bagi Tuhan
Aku temui luka yang membahagiakan

Daripada menilai aku sebaik-baik manusia
Apa kata kau hadiahkan aku doa

; Aku yang kau gelar hafizah .
-Eri.Sa
2233Hrs
02121439H/ 13082018M
|| Redha siapa yang kau cari, erika? || 

.......................................... 
Rahsia apa yang sudi awak kongsi? ت

Comments

Popular posts from this blog

Setuju untuk se-tuju .

"Lagi?" "Yup, nak berulangkali" #1 "Betul ke?" "I choose to hold on to this, no matter how the actions said otherwise" "Means you are guiding your heart well lah" Sesuatu yang samar-samar, anggap lah ia cuma hiasan perjalanan hidup. Cukup. #2 "Nak balik sama-sama?" "Tapi kita tak sehaluan" Ada orang, tak sehaluan bukan jalan pulang sahaja. tapi termasuk jalan hidup juga. Tak salah jika cara kita berbeza, yang salahnya apabila sikap toleransi tidak ingin dibina bersama. Maka, lebih baik dinoktahkan sahaja. #3 "Sebatas kagum?" "Yup. Sebatas kagum" Back to basic. Jika belum pasti ke arah mana yang ingin dituju, jangan memberi harapan, jangan pula meletak harapan. Serahkan saja pada Tuhan. #4 "Nak message direct tak? sebab panjang sanad kita ni" "Alamak. nak qobiltu pun susah" Bantu bila perlu tetapi tetap sekadarnya. On a serious note, orang yang baik-baik ni, respect lah masyaall

Tersingkap .

Apa yang awak nampak dahulu? Tak kisahlah apa yang awak nampak dahulu. Yang penting, saya nampak awak ada potensi untuk mendidik generasi kita ت "Fikirku,  peduli apa sama manusia?! Cuma Allah yang aku mahu.  Bisikku, ada apa pada dunia?! Cuma syurga impianku.  Rupanya, tiada jalan menujuMu tanpa Menyantuni makhlukMu terlebih dahulu. Kiranya, tidak terbuka pintu syurga Jika dunia tidak dijaga"  -Mufti Singapura,  Dr.Fatris Bakaram. Andai tulus sayangnya kita pada DIA Berdepanlah dengan hamba-hambaNya  sebagaimana yang DIA cinta Berurusanlah dengan ciptaanNya  dengan rasa kasih sehingga tiada yang tersakiti  kerana kita  Andaipun kita yang tersakiti  dengan sikap manusia  Katakanlah;  Allah, pilihlah aku untuk  menjadi orang yang sabar keranaMu  Andaipun ketika ingin sekali kita  melepaskan rasa marah  kerana sikap mereka Katakanlah;  Allah, kerana mereka juga makhluk yang Engkau cipta Izinkan aku untuk hanya membalas  perbuatan