Skip to main content

Pertama dan Permata .

||khatam hafazan alQur'an sekali lagi|| 30031440H/08122018M || 9.03pagi || office murobbi || UNISSA, Brunei Darussalam ||

Banyak kali diulang, 
"Allah nak pilih anti jadi jutawan akhirat. Tak nak ke?"
-Murobbi .

Kau patahkan hatiku
Kau hilangkan harapanku
Kau palingkan dunia dariku
Semua kerana satu;
Agar aku kembali kepadaMu

Kau hadirkan dia
Sebagai teman setia
Tak pernah meninggalkan
Walau terkadang selainnya
Lebih aku utamakan

Diturunkan lebih seribu empat ratus tahun lalu
Dengan izinMu, telah sampai kepadaku
Zahirnya aku berusaha untuk menjaganya
Tapi kerana rahmatMu, aku yang terpelihara

Bersamanya pada sepertiga malam
Hatiku tenteram
Walau suasana mungkin suram

Ketika hari mula terang
Dengannya, keresahanku seakan terbang
Dan kekuatan pun datang

Bila senja kian menyerlah
Ia mengajarku untuk tidak mengalah
Walau aku tersungkur lelah

Ketika langit dipenuhi bintang-bintang yang bertaburan
Aku masih sedar bahawa bersamanya bukan alasan
Agar amanah yang lain dapat diperkecilkan

Aneh
Bila dia kurang dipeduli
Aku tercari-cari, jiwaku minta diisi
Bila dengannya pada masa terluang
Waktuku panjang, urusanku senang
Bila aku mengkhususkan waktu untuknya
Perjalananku terarah, hari-hariku indah

Pernah aku ditanya
“jika benar kau bahagia bersama al-Qur’an, 
Mengapa kau kerap dalam tangisan?”
Aku ingin mereka tahu, 
Sesusah-susahnya menghafal al-Qur’an 
Adalah senikmat-nikmat dunia ditawarkan
Susah kerana aku yang mula mengabaikan
Atau susah kerana Tuhan ingin pahalaku digandakan
Maka tak kira bila dan di mana
Sehingga ajal menjemput pergi
Semoga diizinkan untuk mengangungkan Kalam Ilahi

; Pertama dan Permata . 
-Eri.Sa
0517Hrs
21122018M/ 13041440H
//masih belajar mencintai mukzijat teragung dan Penciptanya. Awak, jom sama-sama belajar mencintai Tuhan dan KalamNya ت//

...........
 (a very long essay. bertabahlah kalau nak baca =p )

"Awak pergi brunei sebab alQur'an kan? tercapai tak?"

The main reason erika pilih Brunei sebab alQur'an. Dulu, masa diploma di Darul Quran Jakim (Malaysia), erika jealous dengan pelajar-pelajar Brunei sebab kebanyakannya memang masyaallah mantap sangat hafazan mereka. Dari situ, erika teringin sangat untuk jadi seperti mereka, nak kenal guru-guru mereka, nak tahu sistem hafazan & murajaah yang dipraktikkan di Institusi tahfiz mereka dsb.

Beberapa hari sebelum erika berangkat ke Brunei pula, murobbi di SG pesan, "erika, nanti kat Brunei, cari guru yang boleh bimbing erika untuk alQur'an, cari yg lebih baik dari cik. Jangan tinggalkan alQur'an. Banyak lagi yang perlu belajar. Jangan lepaskan peluang".

Alhamdulillah, pada mulanya, erika ditemukan dgn seorang sahabat yang sama-sama ada target untuk alQur'an. Tapi Allah pinjamkan dia tak lama, 2bulan sahaja. Lepastu, dia pergi Mesir :')

Tapi alhamdulillah, Allah gantikan dia dengan seseorang yang lebih baik, yang lebih memahami dan banyak bimbing erika indirectly. Dia satu-satunya yang erika gelar sahabat syurga. Dia jugalah yang cadangkan erika untuk berguru dengan murobbi :')

Alhamdulillah, erika start tasmik dengan murobbi pada 25jan2016.
Pada mulanya, murobbi lebih kepada memberi sokongan dan galakan.
Murobbi tak beratkan kuantiti hafazan. Hanya 1page sehari pada bulan pertama, bermula dari mukasurat terakhir bagi juzuk yang ditetapkan. Perlu voice record, tak lebih daripada 2minit dan make sure tak ada salah. Kirakan macam;
1st month- every last page of every juzuk
2nd month- every last 2pages of every juzuk
3rd month- every last 3pages of every juzuk
Erika cuma datang office murobbi seminggu sekali je untuk weekly murajaah. Yang ni, erika susun sendiri.

Tapi ada tengah2 jalan masa buat sistem ni, erika rasa 1page per day tu lambat. So erika minta izin buat 5pages per day. Murobbi tak prefer banyak gitu sebab pentingkan kualiti. Tapi murobbi izinkan. Cukuplah 1round je yg 5pages per day, lepastu erika give up 😂 susah since masa ni murajaah rasa macam hafazan baru. So sambung balik sistem ni macam awal-awal tasmik sampai selesai.

Akhir-akhir tahun pertama erika di Brunei, ada sesuatu yang berlaku yang buatkan erika lebih prefer untuk stay kat Brunei. Acah-acah kuat la, balik Singapore masa nak dekat raya je, padahal cuti 2.5bulan 😂. Hikmah ujian masa tu, Allah dekatkan erika dengan alQuran. Alhamdulillah, dapat murajaah 15juzuk sehari tu memang sangat-sangat nikmat. Tasmik dengan murobbi 1 atau 2juzuk sehari, baki tu murajaah sendiri. Bermula 4.30pagi sampai 10.30malam, tasmik 8.30pagi, cuma rehat untuk solat dan makan je. Allah pinjamkan nikmat 15juzuk hari tu sekejap je. Falhamdulilah ala kulli hal :')

Permulaan tahun kedua berguru dengan murobbi, erika start murajaah 1juz seminggu. Kadang-kadang baru 2juz seminggu. Tasmik 1kali atau 2kali seminggu.

Akhir-akhir tahun kedua, murobbi letakkan 2juzuk untuk tasmik setiap hari (tak ikut susunan). Dan 2juzuk itu adalah 2juzuk yang susah untuk Erika.


2JUZUK YANG SUSAH PADA MINGGU IMTIHAN.

Sebagai pelajar yang masih belajar erti Mutee’ah, maka Erika pun minta discount. Sebab yela, macam mana tu, subjek belum habis belajar, tapi perlu tasmik 2juzuk yang macam baru nak hafal. Alhamdulillah, permohonan Erika untuk dapat ‘discount’ ditolak walaupun panjang hujjah Erika masa tu. Eheh.

4.30am- 10.30pm: 2jam belajar untuk subjek, selain dari tu hanya untuk Quran. Jealous jugak nampak kawan-kawan ada masa untuk rehat, lepak-lepak baca novel & tengok movie.

Suatu hari selepas beberapa hari tasmik, Erika tak lancar. Banyak sangat salah dan tak ingat sambungan ayat. Halus je murobbi tegur. Ayat last murobbi terkesan sampai sekarang, “ustaz buat macam ni bukan untuk membebankan anti, tapi untuk membantu anti. Jaga (hafazan) Quran anti. Bila anti sungguh-sungguh jaga, Quran tu yang akan bantu kehidupan anti”.

Alhamdulillah, lepastu, satu demi satu Allah tunjukkan :’) 

Bila balik SG pula, murobbi tetapkan untuk murajaah sendiri, 5 atau 6juzuk sehari, khatam hafazan setiap minggu. (yang ni, ada je masa-masa yang tak habis murajaah by the end of the day sebab belum pandai susun masa antara Qur'an dan perkara-perkara lain. ada jugak sebab terbawa dengan arus mood holiday haihh )

Pada tahun ketiga berguru dengan murobbi, baru diizinkan untuk murajaah ikut susunan, dari alFatihah sampai anNas. Tapi, ada 2jadual. 1 jadual murajaah dengan murobbi, lagi 1 jadual murajaah sendiri (jadi murajaah tetap berjalan walaupun tak dapat murajaah dengan murobbi)

Masa ikut jadual murajaah dengan murobbi;
*juz1-6: 1juzuk seminggu. Ada masanya, murobbi sibuk atau ada kelas ganti, murajaah akan tertangguh. 
*juz7-30: biasanya murajaah 10mukasurat setiap hari. Kemudian 1 atau 2juzuk sehari waktu studyweek, exam week dan lepas examination week. Fasa ni, agak mencabar. Bukan pada hafazan, tapi pada waktu. Allah sangat-sangat nak ajar sesuatu :') 

Yang penting, waktu tu, erika perlu standby bila-bila. Murobbi whatsapp je, terus datang office murobbi. Biasanya, tasmik waktu lunch hour (12pm-12.45pm). Tapi ada masanya, erika perlu tasmik pada awal pagi sebelum working hours. Kadang, tasmik selepas working hours. Kadang hari ahad pagi, lepas kelas tadabbur. Kadang, tak dapat tasmik sebab murobbi busy sangat. ada je halangan. Memang banyak 'infaq' airmata la huhu :') 

Cuma, bestnya fasa ni, murobbi banyak kasi extra homework berbanding masa-masa sebelum ni, semuanya berkaitan dengan alQur'an. But erika being erika, ade je masa-masa naughty, masa-masa yang erika lupa erika letak target nak jadi mutee'ah, masa-masa down dengan alQur'an. Yela, belum cukup kuat huhu :')

Alhamdulillah tadi, pada 8 Disember 2018M/ 30 Rabi'ulAwwal 1440H, hari sabtu, 9.03pagi, erika diberi peluang untuk khatam sekali lagi dengan murobbi. 

21.12.2012M- khatam hafazan alQur'an kali pertama di DQ, erika nangis sebab sangat risau kalau akan datang, hafazan tak terjaga. 
Tapi khatam dengan murobbi tadi (08.12.2018), erika terdiam. Macam tak percaya dah khatam. Sebab subhanallah, dugaan macam2 :') 
Fa, alhamdulillah ala kulli hal :') 

In conclusion, sepanjang erika di Brunei, erika belum berpeluang untuk berguru dengan asatizah di institusi tahfiz di Brunei, walaupun ada je asatizah tahfiz sini yang offer untuk tasmikkan hafazan alQur'an erika, sebab masa kurang mengizinkan dan erika takde transport untuk ke sana. Tapi alhamdulillah, Allah beri lebih daripada apa yang erika mahukan. Di antaranya, erika diberi peluang untuk kenal beberapa asatizah di istitusi tahfiz dan 'collect' nasihat daripada mereka, dapat jugak kenal bekas pelajar-pelajar institusi tahfiz dan mereka pun banyak sangat share method yang mereka gunakan untuk murajaah dsb. 

Dan alhamdulillah, walaupun erika bukan belajar kat institusi tahfiz di Brunei, Allah hadirkan insan-insan yang banyak bantu dan bimbing erika untuk mendalami al-Qur'an. Di antaranya;

- pensyarah-pensyarah di UNISSA yang selalu ada masa untuk erika dan kasi semangat bila erika perlukan (& layan soalan-soalan or even kerenah erika yang pelik-pelik).  Yang paling best, erika banyak dapat belajar daripada mereka tentang ayat mutasyabihat dan i'jaz al-Qur'an.

- sahabat-sahabat yang memahami erika. walaupun kebanyakan dari mereka bukan Hafiz/Hafizah, mereka banyak hulurkan tangan. ada je yang offer untuk checkkan/tasmikkan hafazan erika. ada pulak yang offer untuk hantar erika bila dapat tahu erika nak murajaah kat masjid instead of doing my murajaah in Surau MPH/ surau asy-Syafi'e. ada jugak yang tiba-tiba belikan makanan dan ajak makan sama-sama (yang ni paling awwww terharuuuu, sebab biasanya erika akan lupa untuk makan sebab target murajaah banyak or takde selera sebab tak suka makan sorang-sorang eheh. tapi 4th year ni tak sempat nak 'lupa untuk makan' sebab alhamdulillah Allah datangkan macam-macam orang yang selalu siapkan/temankan erika makan)

- penduduk Brunei sendiri, yang ada je tiba-tiba hulurkan air bila erika tengah murajaah sorang-sorang, {like i dont even know you makcik/sis but masyaallah jazaakumullah kheyr :') }. ada jugak yang tiba-tiba hulurkan tissue bila ternampak erika nangis. (murajaah susah/ayat sentap = nangis = susah nak stop = tissue tak cukup haihh so memang sangat-sangat terharu bila orang yang hulurkan tissue hehe)

Yang paling penting, mereka semua selalu mendoakan ;')
Fa, Alhamdulillah min fadhli rabbi ;')

Mohon doakan erika. Doakan ini bukan khatam hafazan yang terakhir untuk erika. Doakan erika terus bersemangat berdamping dengan alQur'an sampai bila-bila. Doakan erika terus sabar dan kuat, dapat bimbing generasi alQuran akan datang :') 
Jazaakumullah khayral jazaak 💕 

(tahniah kerana berjaya membaca essay erika yang panjang ni hehe)
..................

Masuk office murobbi;
"Nak tasmik dulu ke makan?"
"Tasmik"
"Nak tasmik ke makan dulu?"
"Tasmik"
"Makan la dulu. Nanti baru tasmik, okay?"
"okay, ustz 😂"
Lepastu, 
"ustz, da kenyang"
"cepatnya kenyang. Makan la lagi"
"Da cukup da ustz"
"Makan lagi. Selagi tak habis, tak boleh tasmik"
~Dulu masa zaman kanak-kanak riang, mama selalu cakap, 'siapa tak makan nasi, tak boleh makan ice cream'. Kali ni, murobbi pulak 'tak habis makan, tak boleh tasmik'.

hmm, I hope my love towards Quran will grow as much as my love towards ice cream :')

Moga akan datang, tak ada istilah "love-hate relationship" dengan Quran. Nak sangat direzekikan perasaan yang berpanjangan untuk ingin selalu berdekat dengan Quran, bukan pada masa-masa tertentu je :')

..........................

JOB VACANCY:
Pentasmik setia hingga ke syurga needed. 
Are you the one? ت

Comments

  1. Allahu...Terkesan sangat baca penulisannya...Mabruk...BarakAllahu Feek...Semoga Allah merezekikanmu
    istiqomah dalam kebaikan...semoga menjadi khadimul Quran yang sejati dunia akhirat...doakan kami para penghafaz Quran yang masih bertatih ni agar dapat mencontohi kecekalan dan kerapatan Ukhti dengan Al Quran...Uhibbuki Fillah<3

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, min fadhli rabbi.

      Allahumma ameen li wa lakum :')

      tapi, erika pun masih bertatih. so insyaallah, jadi lebih baik daripada erika, okay? ت

      Delete
  2. Bismillahi MasyaAllah, Ustazah. Kisah Ustzh memberi semangat utk saya teruskan murojaah AlQuran dgn baik. Doakan saya agar dpt khatam dan menjaga kalamNya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, min fadhli rabbi ت
      Sekadar perkongsian agar sedikit-sebanyak dpt memberi insprirasi & tak give up mencintai kalamNya, sehingga dpt jd seseorg yg blh baik drpd erika 😄

      Same2 doakan kay? Doakan jgk utk semua huffaz alQur'an.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Setuju untuk se-tuju .

"Lagi?" "Yup, nak berulangkali" #1 "Betul ke?" "I choose to hold on to this, no matter how the actions said otherwise" "Means you are guiding your heart well lah" Sesuatu yang samar-samar, anggap lah ia cuma hiasan perjalanan hidup. Cukup. #2 "Nak balik sama-sama?" "Tapi kita tak sehaluan" Ada orang, tak sehaluan bukan jalan pulang sahaja. tapi termasuk jalan hidup juga. Tak salah jika cara kita berbeza, yang salahnya apabila sikap toleransi tidak ingin dibina bersama. Maka, lebih baik dinoktahkan sahaja. #3 "Sebatas kagum?" "Yup. Sebatas kagum" Back to basic. Jika belum pasti ke arah mana yang ingin dituju, jangan memberi harapan, jangan pula meletak harapan. Serahkan saja pada Tuhan. #4 "Nak message direct tak? sebab panjang sanad kita ni" "Alamak. nak qobiltu pun susah" Bantu bila perlu tetapi tetap sekadarnya. On a serious note, orang yang baik-baik ni, respect lah masyaall

Tersingkap .

Apa yang awak nampak dahulu? Tak kisahlah apa yang awak nampak dahulu. Yang penting, saya nampak awak ada potensi untuk mendidik generasi kita ت "Fikirku,  peduli apa sama manusia?! Cuma Allah yang aku mahu.  Bisikku, ada apa pada dunia?! Cuma syurga impianku.  Rupanya, tiada jalan menujuMu tanpa Menyantuni makhlukMu terlebih dahulu. Kiranya, tidak terbuka pintu syurga Jika dunia tidak dijaga"  -Mufti Singapura,  Dr.Fatris Bakaram. Andai tulus sayangnya kita pada DIA Berdepanlah dengan hamba-hambaNya  sebagaimana yang DIA cinta Berurusanlah dengan ciptaanNya  dengan rasa kasih sehingga tiada yang tersakiti  kerana kita  Andaipun kita yang tersakiti  dengan sikap manusia  Katakanlah;  Allah, pilihlah aku untuk  menjadi orang yang sabar keranaMu  Andaipun ketika ingin sekali kita  melepaskan rasa marah  kerana sikap mereka Katakanlah;  Allah, kerana mereka juga makhluk yang Engkau cipta Izinkan aku untuk hanya membalas  perbuatan

Aku yang kau gelar Hafizah .

Seperti ayat mutasyabihat, awak dan saya pasti ada rahsia tersendiri ت Aku yang kau gelar Hafizah Terlalu jauh dari sempurna Mula menghafal tertatih-tatih Mengulang masih mengadu letih Sana sini mushaf di tangan Sejuzuk pun belum tentu dalam ingatan Disoal sepotong ayat laju aku perdengarkan Lidah aku Tuhan yang gerakkan Ingin sekali Suhbatul Quran Tapi masih bermalas-malasan Jadikan ilmu sebagai amal belum terlaksana  Peribadiku tak berupa Bidadari Syurga Aku tak semulia yang kau sangka Cuma k elemahanku, Tuhan masih jaga  Bukan aku mahu dipandang hina Cukuplah kau tak lupa aku juga manusia Aku tak kata huffaz semua sama Biasalah manusia, ujian berbeza-beza Tak juga kata "jangan hafal Quran" Taman syurga telah Allah janjikan Segala puji bagi Tuhan Aku temui luka yang membahagiakan Daripada menilai aku sebaik-baik manusia Apa kata kau hadiahkan aku doa ; Aku yang kau gelar hafizah . -Eri.Sa 2233Hrs 02121439H/ 13082018M || Redha siap