Majlis ilmu ibarat Taman Syurga. Saya teringin nak ajak awak untuk menikmatinya sama-sama ت |
Kau tak akan selamanya di sini
Manisnya ilmu patut dikongsi
Tiada makna jika memendam sendiri
Terjemahkan ia ke dalam peribadi
Lalu berjalanlah sambil memerhati
Ada jiwa yang menanti untuk diisi
Ada hati yang perlu dihidupkan kembali
Resah risau ditolak tepi
TarbiyahNya datang dari pelbagai segi
Sampai bila ingin hanya menghilangkan dahaga sendiri
Tanpa mensyukuri peluang yang diberi
untuk berbakti dan memberi?
Bila nikmat yang kau rasai ini terganti dengan sesuatu yang bukan kau ingini, aku harap kau tetap pandang yang diaturkan semua adalah bentuk tarbiyah dariNya, lalu berusaha menjalankan amanah dengan sebaiknya.
; Taman Syurga .
-Eri.Sa
1403HRS
05012019
//Dalam flight dari Singapura ke Brunei. Few months left. Ter-risau kalau lepas ni tak dapat peluang untuk belajar. Taman syurga ini pasti akan dirindui //
..........................
Sudi tak awak bersama saya hingga menjejakkan kaki ke sebenar-benar syurga abadi? ت
Comments
Post a Comment