Skip to main content

Posts


Tersingkap .

Apa yang awak nampak dahulu? Tak kisahlah apa yang awak nampak dahulu. Yang penting, saya nampak awak ada potensi untuk mendidik generasi kita ت "Fikirku,  peduli apa sama manusia?! Cuma Allah yang aku mahu.  Bisikku, ada apa pada dunia?! Cuma syurga impianku.  Rupanya, tiada jalan menujuMu tanpa Menyantuni makhlukMu terlebih dahulu. Kiranya, tidak terbuka pintu syurga Jika dunia tidak dijaga"  -Mufti Singapura,  Dr.Fatris Bakaram. Andai tulus sayangnya kita pada DIA Berdepanlah dengan hamba-hambaNya  sebagaimana yang DIA cinta Berurusanlah dengan ciptaanNya  dengan rasa kasih sehingga tiada yang tersakiti  kerana kita  Andaipun kita yang tersakiti  dengan sikap manusia  Katakanlah;  Allah, pilihlah aku untuk  menjadi orang yang sabar keranaMu  Andaipun ketika ingin sekali kita  melepaskan rasa marah  kerana sikap mereka Katakanlah;  Allah, kerana mereka juga...

Sedar .

Saya dah sampai. Awak kat mana? ت Aku pernah  meletakkan harapan dalam diam Akhirnya aku  tersungkur dalam kekecewaan Aku pernah  memberi harapan tanpa sedar Dan aku saksikan  senyuman kian pudar Aku belajar untuk istikharah pada Tuhan Walau untuk sekecil-kecil tujuan Kini aku lebih menikmati ketenangan Dalam mengharapkan  langkahku menjadi tuntunan Aku, masih belajar ; Sedar . -Eri.Sa 1345Hrs 16111439H/29072018M || dalam flight dari Singapore ke Brunei. Tinggi mahupun rendah, Ingin selalu dituntuni Tuhan || ............................................... Saya nak ikut jejak langkah awak . Awak dah sedia untuk dicontohi oleh generasi kita? ت

Musafir .

Akan datang, kita memaknakan erti 'ibadah' sama-sama, ya? ت Ingatkan aku; Dunia ini adalah tempat asing Yang hanya untuk disinggah Bukan tempat bermukim Dan bila tiba saatnya Akanku lari Bersama mereka Yang disangka asing Hingga tersenyum Dalam dakapan DIA; jauh dari mereka Yang bakal terasing Dunia- tak layak ditangisi .  Sama-sama bina masa hadapan di Syurga Firdausi? ; Musafir -Eri.Sa 2327Hrs 05111439H/17072018M || Manusia diciptakan untuk beribadah. Tapi maksud 'ibadah' itu sendiri terlalu luas, bukan? || ..................................................... Boleh saya jadi travel partner awak   ke syurga? ت

Kunci .

Kunci yang saya nak tiada di sini. Awak ada ambil kunci hati saya tak? ت Jangan abaikan andai telah diamanahkan untuk menjaganya Jangan ambil remeh sekeping hati yang Dia berikan percuma Sebelum dikongsi untuk membenihkan bahagia Sudah patuh dengan cara yang diredhaiNya? Jangan hampakan harapan yang tercipta Jangan putarbalikkan takdir yang tersusun indah Sebelum dibentuk sesuai keinginan kita Sudah cuba penuhi kehendak Dia? Jangan ambil apa yang bukan kita punya Jangan pinjam kalau tak diizinkan tuannya Sebelum mencari peluang untuk mencuri hatinya Sudah tanya kepada Pemiliknya? ; Kunci . -Eri.Sa 1735Hrs 27101439H/ 11072018M || Duduk office DH, banyak kunci. Tapi untuk rasa bahagia di sini tak memerlukan kunci, sebab ia sudah dapat dirasai sejak hari pertama erika di sini || .............................................................. Separuh daripada tahun ini telah berlalu.  Nak tanya, boleh saya tolong lengkapkan separuh agama...

Tarian Pena .

Menulis tanpa bunga kata ibarat awak tanpa saya. Ehhh ت Aku menulis untuk meluahkan  Isi hati yang terpendam Mengharapkan Ia dijadikan tatapan pengajaran Aku menulis Sebagai salah satu pujukan Untuk mengembalikan Segalanya kepada Tuhan Aku menulis Dengan harapan Ganjaran kebaikan Tertulis di bahu kanan Aku menulis Untuk saling mengingatkan KeredhaanNya Adalah sebenar-benar tujuan kehidupan Aku menulis Bukan untuk menempah nama di mata dunia Cukuplah tarian pena ini juga diredhaiNya Aku menulis Bukan untuk dijulang tinggi Ia hanyalah catatan sepanjang perjalanan Dalam mencari cintaNya yang hakiki Aku menulis Bukan untuk menghukum orang Jauh sekali untuk merendah-rendahkan  Aku menulis dengan segunung harapan Kita sama-sama dapat membina kesatuan Agar dapat ke SyurgaNya Secara berpimpin tangan  Aku hanya menulis Ilham penulisan ini pun sekadar pinjaman ; Tarian Pena . -Eri.Sa 0843Hrs 11101439H/ 25062018M. || Bertafakkur s...

Cerminan .

Terkadang, yang retak itu lebih bijak membina kekuatan, kan? ت Bukan yang retak itu tak berharga Tapi kita yang tak pandai menghargainya Bukan yang gelap itu tak manis dipandang Tapi kita yang tak memandangnya  Sebagai salah satu daripada warna kehidupan Sepasang mata pun bukan milik kita Mengapa masih ada yang ingin merebut kuasa? ; Cerminan . -Eri.Sa 2201Hrs 09101439H/ 22062018M . || jamuan bersama warga Darul Huffaz. makan-makan sambil memikir  ||  Izinkan saya untuk menjadi cerminan awak, boleh? ت

Deep blue oceon (Raya) .

dalam kesibukan mengeratkan hubungan antara sanak saudara, apa kata kita adakan masa untuk mengunjungi rumahNya? ت ***** ***** "Ni yg anak salwa nombor 2 kan?" "Aah, ni la yg brunei" "Eh, tak nek. Erika org singapore, belajar je kat Brunei. eheh " ***** *mama call sblm serbu rumah orang*, "Ade rumah tak?" "Ada2. Datanglah. Semua ada? erika ada?" "Ah semua ada ni. erika pun ada." "Kay, jemputlah datang. Ade org nk tgk" *alamak, terase tak jadi nk dtg beraya* ***** "Erika, dah ade ke?" "Eheh kalau jodoh untuk kahwin tu belum la cik. tapi Alhamdulillah, ade jodoh dgn Quran" "insyaallah ade la tu nanti. cik selalu doakan Erika dapat jodoh yang baik2, yang bole tgkkn (hafazan) Quran Erika" "hehe terimakasih, cik sbb selalu ingat untuk doakan Erika. Erika mmg sgt2 perlukan doa drpd semua orang" *mood: terharu* ***** "kalau yg mak nak yg ni, ...