Skip to main content

First Class .

Syakirah . Amie . Erika
kawan sampai syurga, janji? ت


"Orang puji bila dpt first class.
Tapi best kan kalau dpt jadi first class di mata Allah?
Orang doakan agar dijodohkan dengan orang yang beriman.
Tapi best kan kalau dapat jadi orang yang paling Allah sayang? "  
;self-reflect.


First class . 
ade ke yg taknak? 
tak ada, kan? 
Cuma ada orang yang rasa mustahil utk dptkan, tapi sebenarnya mahu. 
Tapi mungkin perlu fahamkan Version First Class yang nak dicapai.


First Class version Duniawi be like;
Kau letakkan harapan yang tinggi pada dunia.
Kau kerahkan seluruh tenaga,
sejujurnya cuma ingin mencipta nama. 
Kau dapat keputusan cemerlang,
Tapi belajar hanya untuk peperiksaan.
Kau hulur bantuan kepada yang memerlukan, 
Tapi hak, kau mempersoalkan.
Itu, ini, dan bermacam lagi 
Sehingga kau seolah tiada masa utk diri sendiri.
Tenggelam, 
Cuba memenangi hati setiap orang
Juga dapatkan natijah yang tinggi pada sehelai kertas yang tak dibawa mati. 
Terlupa utk sandarkan segalanya pada Tuhan Pemilik hati.
Akhirnya, apa yang kau perolehi? 
Sakit, bukan? 

Apa kata kita tukar kpd laluan yang lebih indah.. 
Laluan untuk mencapai First Class yang menjamin kebahgiaan abadi. 

So, 
First Class version Ukhrawi be like; 

((قُلۡ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحۡيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ))
 
 "katakanlah, sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam"  (6:162)

Apapun yang kau usahakan seharian, 
Letakkan Mardhatillah yang paling kau inginkan,
Bukan pandangan manusia yang cuba kau dapatkan, 
Bukankah itu menjaminkan ketenangan? 
Kerana hanya Dia yang benar-benar memahami segala gerak geri, 
yang zahir mahupun yang tersembunyi, 
Perasaan  yang terluah mahupun yang membuatkan mulut terkunci.

Apa yang ada pada dunia hanyalah wasilah untuk mendapatkan sebenar-benar kemenangan. 
Ingat, Dunia bukan abadi. 


Jom betulkan sikit self-reflect di atas tadi, 
Dapat First Class atas sijil tu tak salah asalkan kau amalkan dan sampaikan apa yang telah kau pelajari. Allah kan menilai usaha kita?
Ameen-kan bila didoakan agar dapat suami yang beriman, siapalah tahu dia diantara wasilah untuk kita menjadi orang yg paling Allah sayang? 
Afterall, 
Harapan juga diantara bentuk doa, bukan? 


 “Awak nak jadi orang yang paling Allah sayang. 
tapi awak tak sungguh-sungguh sayang Allah. Macam mane tu?’

Apalah yang ada pada dunia,
jika kau tak letakkan Allah yang pertama.
Moga first class di mata Allah tetap jadi hadaf utama kita semua. 
||Membebel sbb belum move on dari Mood Dean's award Dinner UNISSA||
💕27th Muharram 1439H💕

Doakan Dewi Erika binte Samidi sentiasa on-track utk dptkn sebenar-benar first class. 
eh, awak pun join-lah kita sekali ت

Comments

Popular posts from this blog

Setuju untuk se-tuju .

"Lagi?" "Yup, nak berulangkali" #1 "Betul ke?" "I choose to hold on to this, no matter how the actions said otherwise" "Means you are guiding your heart well lah" Sesuatu yang samar-samar, anggap lah ia cuma hiasan perjalanan hidup. Cukup. #2 "Nak balik sama-sama?" "Tapi kita tak sehaluan" Ada orang, tak sehaluan bukan jalan pulang sahaja. tapi termasuk jalan hidup juga. Tak salah jika cara kita berbeza, yang salahnya apabila sikap toleransi tidak ingin dibina bersama. Maka, lebih baik dinoktahkan sahaja. #3 "Sebatas kagum?" "Yup. Sebatas kagum" Back to basic. Jika belum pasti ke arah mana yang ingin dituju, jangan memberi harapan, jangan pula meletak harapan. Serahkan saja pada Tuhan. #4 "Nak message direct tak? sebab panjang sanad kita ni" "Alamak. nak qobiltu pun susah" Bantu bila perlu tetapi tetap sekadarnya. On a serious note, orang yang baik-baik ni, respect lah masyaall...

Pertama dan Permata .

||khatam hafazan alQur'an sekali lagi|| 30031440H/08122018M || 9.03pagi || office murobbi || UNISSA, Brunei Darussalam || Banyak kali diulang,  "Allah nak pilih anti jadi jutawan akhirat. Tak nak ke?" -Murobbi . Kau patahkan hatiku Kau hilangkan harapanku Kau palingkan dunia dariku Semua kerana satu; Agar aku kembali kepadaMu Kau hadirkan dia Sebagai teman setia Tak pernah meninggalkan Walau terkadang selainnya Lebih aku utamakan Diturunkan lebih seribu empat ratus tahun lalu Dengan izinMu, telah sampai kepadaku Zahirnya aku berusaha untuk menjaganya Tapi kerana rahmatMu, aku yang terpelihara Bersamanya pada sepertiga malam Hatiku tenteram Walau suasana mungkin suram Ketika hari mula terang Dengannya, keresahanku seakan terbang Dan kekuatan pun datang Bila senja kian menyerlah Ia mengajarku untuk tidak mengalah Walau aku tersungkur lelah Ketika langit dipenuhi bintang-bintang yang bertaburan Aku masih sedar bahawa bersamanya bukan...

Bolak-Balik; Tolak-Tarik .

  "Erika ada?" "Ada, sedang cuba jaga kiriman istimewa dari Tuhan" #1 "nama saya A*******. saya suka anak cik" "*ehhhhh alamak. mengapa begitu ya orang ini. saya kat sini kot. malu la*" "terimakasih suka anak cik. boleh kita bincang?" seorang ibu terharu, tapi memandang realiti lebih perlu #2 "sorry nak tanya sikit. awak dah berpunya?" "belum, doakan kay kak. bercita-cita nak ada family al-Qur'an bila sampai masanya" "sebenarnya gini. adik akak nak kenal-kenal dengan awak. sebab awak nampak baik sangat..." tapi mungkin orang terlupa, kita semua ada kelemahan sendiri, dan kebanyakannya tersembunyi #3 "saya dah istikharah, dan awak jawapan bagi istikharah saya" "kalau saya bagitahu saya pun dah istikharah dan jawapannya berbeza, macam mana?" istikharah bukan kunci untuk membuatkan seseorang perlu terima. istikharah adalah meminta Allah pilihkan untuk kita #4 "Anak kau belum ada bo...