Skip to main content

Sibuk .

Suhbatul Quran agar sibuknya kita semakin dipandang Tuhan? ت


Ada yang kata 'aku sibuk'
Hingga tak terimbang dunianya
Atau untuk kehidupannya di sana

Ada yang dikatakan sibuk
Tapi tetap ada masa
Untuk kita dan juga DIA

Kita, yang mana?

Sibuknya kita
Biar sibuk dalam mencari redha Ilahi
Sehingga tidak dapat disibukkan
dengan perkara duniawi

﴿أَلَمۡ يَأۡنِ لِلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَن تَخۡشَعَ قُلُوبُهُمۡ لِذِكۡرِ ٱللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ ٱلۡحَقِّ وَلَا يَكُونُواْ كَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَٰبَ مِن قَبۡلُ فَطَالَ عَلَيۡهِمُ ٱلۡأَمَدُ فَقَسَتۡ قُلُوبُهُمۡۖ وَكَثِيرٞ مِّنۡهُمۡ فَٰسِقُونَ ١٦

Maksudnya:

“Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka), dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang hingga hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka menjadi orang-orang yang fasik.”

(surah al-hadid, 57:16)

Sudah tiba masanya.
Kalau bukan sekarang, bila?

;Sibuk.
-Eri.Sa
2235HRS
01081439H/16042018M
|| masyaallah, masih amazed dengan Brunei dan yang menghuninya ||

(saja nak luahkan dan abadikan di sini)
Alhamdulillah,
di Brunei ini, Erika ditemukan dengan orang-orang yang sangat membuatkan Erika terinspirasi; 
Pensyarah-pensyarah yang selalu adakan masa dan pintu mereka sentiasa terbuka walau sesibuk manapun mereka.
Sahabat-sahabat yang berlumba-lumba dalam kebaikan hingga sibuknya mereka tidak menjadi halangan.
Kenalan yang kadang berjumpa sekejap cuma tapi ada sahaja yang ingin dipelawa.
Moga, diri ini dapat menjadi seperti mereka.

Alhamdulillah,
Disebalik susunan pertemuan dengan insan-insan yang menginspirasikan ini, ada DIA yang ingin mendidik hati agar terus mensyukuri segala nikmatNya dan juga agar diri ini terus bersemangat dalam berbakti untuk agamaNya.
Moga, hati ini terus mencintaiNya secara tabteela.

Alhamdulillah,
cukup untuk tahu bahawa diri ini masih diberi perhatian dan masih diberi peluang.
Moga, direzekikan ketaatan yang berterusan.
................................................................
sebulan lagi sebelum Ramadhan tiba.
Jom, sama-sama sibukkan diri untuk mendekatiNya? ت


اللهم بلّغنا رمضان

Comments

Popular posts from this blog

Setuju untuk se-tuju .

"Lagi?" "Yup, nak berulangkali" #1 "Betul ke?" "I choose to hold on to this, no matter how the actions said otherwise" "Means you are guiding your heart well lah" Sesuatu yang samar-samar, anggap lah ia cuma hiasan perjalanan hidup. Cukup. #2 "Nak balik sama-sama?" "Tapi kita tak sehaluan" Ada orang, tak sehaluan bukan jalan pulang sahaja. tapi termasuk jalan hidup juga. Tak salah jika cara kita berbeza, yang salahnya apabila sikap toleransi tidak ingin dibina bersama. Maka, lebih baik dinoktahkan sahaja. #3 "Sebatas kagum?" "Yup. Sebatas kagum" Back to basic. Jika belum pasti ke arah mana yang ingin dituju, jangan memberi harapan, jangan pula meletak harapan. Serahkan saja pada Tuhan. #4 "Nak message direct tak? sebab panjang sanad kita ni" "Alamak. nak qobiltu pun susah" Bantu bila perlu tetapi tetap sekadarnya. On a serious note, orang yang baik-baik ni, respect lah masyaall...

Bolak-Balik; Tolak-Tarik .

  "Erika ada?" "Ada, sedang cuba jaga kiriman istimewa dari Tuhan" #1 "nama saya A*******. saya suka anak cik" "*ehhhhh alamak. mengapa begitu ya orang ini. saya kat sini kot. malu la*" "terimakasih suka anak cik. boleh kita bincang?" seorang ibu terharu, tapi memandang realiti lebih perlu #2 "sorry nak tanya sikit. awak dah berpunya?" "belum, doakan kay kak. bercita-cita nak ada family al-Qur'an bila sampai masanya" "sebenarnya gini. adik akak nak kenal-kenal dengan awak. sebab awak nampak baik sangat..." tapi mungkin orang terlupa, kita semua ada kelemahan sendiri, dan kebanyakannya tersembunyi #3 "saya dah istikharah, dan awak jawapan bagi istikharah saya" "kalau saya bagitahu saya pun dah istikharah dan jawapannya berbeza, macam mana?" istikharah bukan kunci untuk membuatkan seseorang perlu terima. istikharah adalah meminta Allah pilihkan untuk kita #4 "Anak kau belum ada bo...

Hempas-Pulas .

"Erika buat apa tu?" "Menyulam favourite nama Allah untuk digantung dan ditatap banyak kali sehingga resap di hati" ||2023; Tahun Baru|| #1 Lepas Subuh Qur'an Time adalah masa untuk bersiap-siap pergi kerja. Ayah tutup Qur'an dan tiba-tiba bersuara;  "Kalau ada 1 ke 2 juta, tak payah nak kerja kan, dik? Boleh hari-hari cycle gi park" #2 Kepenatan semalam belum hilang sepenuhnya. Bahkan menjejak tahun baru juga belum sempat diproses dan tiba-tiba telah hampir tiba ke penghujung bulan Januari. Pagi-Pagi hampir waktu kelas bermula, rakan sekerja ajak berbicara; "Awak. Januari dah nak habis, tapi kita belum dapat adapt dengan workload kita. Cepatnya masa berlalu. Penat ya subhanallahhhh. Best eh kalau dapat cuti seminggu ke sebulan ke setahun" #3 Pulang dari kerja, adik bongsu pula masuk bilik, terus duduk di ruang workspace kak ika nya sambil mengeluh panjang. Kemudian meluah; "We work, work, work. Then we spend the money. We need to co...