Skip to main content

Suratan Kasih Sayang .

Dunia bukan tempat untuk bersenang, apatah lagi bila kau tak berpegang pada tali Tuhan ت
"Sometimes others focus too much on our result and mislooked our struggles.
Sometimes we focus too much on the test until we forget about His promises."
; self-reflect .

Di siang hari dia ceria

Kau kata dia bahagia
Hidupnya serba sempurna
Seakan tiada masalah dihadapinya

Kau tak tahu tika malam mula sepi

Dia tersujud lemah pada Ilahi
Memohon Tuhannya memberi kekuatan hati
Dengan esak tangisan yang sukar terhenti

Siangnya dia banyak menghulurkan tangan

Kau kata dia serba ada
Tuhan pasti lebih menyayanginya

Kau tak tahu di sepertiga malam

Dia tersungkur layu di hadapan Tuhan
Merayu agar dicampakkan keikhlasan

Siangnya bukan untuk menunjuk-nunjuk

Melainkan membuat hatinya terpujuk 
Tuhan tak biarkan dia terasa teruk 

Malamnya dihiasi tangisan

Terasa tak layak menerima kenikmatan
Disamping Tuhannya masih menutupkan keaiban

Tidurnya dengan harapan

Kesungguhannya dipandang Tuhan
Ingin sekali menjauhi kemaksiatan
Terus-terusan dalam ketaatan

Bila rahsia malamnya terbongkar

Dengan tenang dia kata; 
"Pada aku, 
Ini cara Tuhan sayang aku
DIA kirimkan kesedihan tika sendirian
Tak mahu aku lalai dalam kenikmatan.

Aku pasti, 

Tuhan aku Maha Penyayang
DIA lebih tahu apa yang aku perlukan. 

Cuba kau lihat, 

Betapa ramai yang menjadi angkuh
Diberi nikmat tapi hatinya lumpuh?"

; Suratan Kasih Sayang .

-Eri.Sa
2213Hrs
26111439H/ 07082018M. 
||elakkan menghukum, banyakkan menghulur? || 

..................................... 
Ayah kata, ayah cuma ada kenalan yang bekerja sebagai 'Driver'. 
Saya okay je selagi awak nak jadi 'Driver' saya ke Syurga ت

Comments

Popular posts from this blog

Setuju untuk se-tuju .

"Lagi?" "Yup, nak berulangkali" #1 "Betul ke?" "I choose to hold on to this, no matter how the actions said otherwise" "Means you are guiding your heart well lah" Sesuatu yang samar-samar, anggap lah ia cuma hiasan perjalanan hidup. Cukup. #2 "Nak balik sama-sama?" "Tapi kita tak sehaluan" Ada orang, tak sehaluan bukan jalan pulang sahaja. tapi termasuk jalan hidup juga. Tak salah jika cara kita berbeza, yang salahnya apabila sikap toleransi tidak ingin dibina bersama. Maka, lebih baik dinoktahkan sahaja. #3 "Sebatas kagum?" "Yup. Sebatas kagum" Back to basic. Jika belum pasti ke arah mana yang ingin dituju, jangan memberi harapan, jangan pula meletak harapan. Serahkan saja pada Tuhan. #4 "Nak message direct tak? sebab panjang sanad kita ni" "Alamak. nak qobiltu pun susah" Bantu bila perlu tetapi tetap sekadarnya. On a serious note, orang yang baik-baik ni, respect lah masyaall...

Pertama dan Permata .

||khatam hafazan alQur'an sekali lagi|| 30031440H/08122018M || 9.03pagi || office murobbi || UNISSA, Brunei Darussalam || Banyak kali diulang,  "Allah nak pilih anti jadi jutawan akhirat. Tak nak ke?" -Murobbi . Kau patahkan hatiku Kau hilangkan harapanku Kau palingkan dunia dariku Semua kerana satu; Agar aku kembali kepadaMu Kau hadirkan dia Sebagai teman setia Tak pernah meninggalkan Walau terkadang selainnya Lebih aku utamakan Diturunkan lebih seribu empat ratus tahun lalu Dengan izinMu, telah sampai kepadaku Zahirnya aku berusaha untuk menjaganya Tapi kerana rahmatMu, aku yang terpelihara Bersamanya pada sepertiga malam Hatiku tenteram Walau suasana mungkin suram Ketika hari mula terang Dengannya, keresahanku seakan terbang Dan kekuatan pun datang Bila senja kian menyerlah Ia mengajarku untuk tidak mengalah Walau aku tersungkur lelah Ketika langit dipenuhi bintang-bintang yang bertaburan Aku masih sedar bahawa bersamanya bukan...

Bolak-Balik; Tolak-Tarik .

  "Erika ada?" "Ada, sedang cuba jaga kiriman istimewa dari Tuhan" #1 "nama saya A*******. saya suka anak cik" "*ehhhhh alamak. mengapa begitu ya orang ini. saya kat sini kot. malu la*" "terimakasih suka anak cik. boleh kita bincang?" seorang ibu terharu, tapi memandang realiti lebih perlu #2 "sorry nak tanya sikit. awak dah berpunya?" "belum, doakan kay kak. bercita-cita nak ada family al-Qur'an bila sampai masanya" "sebenarnya gini. adik akak nak kenal-kenal dengan awak. sebab awak nampak baik sangat..." tapi mungkin orang terlupa, kita semua ada kelemahan sendiri, dan kebanyakannya tersembunyi #3 "saya dah istikharah, dan awak jawapan bagi istikharah saya" "kalau saya bagitahu saya pun dah istikharah dan jawapannya berbeza, macam mana?" istikharah bukan kunci untuk membuatkan seseorang perlu terima. istikharah adalah meminta Allah pilihkan untuk kita #4 "Anak kau belum ada bo...