Skip to main content

Dua Puluh Empat .

I grew up wanting life like a fairytale. little did I know that only HIM could make magical things happen ت


Betapa banyak ujian yang diberikan seolah-olah tak mampu dihadapi, 

tapi tiada satu pun yang berlalu melainkan untuk mengingatkan bahawa DIA sentiasa ada di sisi .

;Self-reflect .



Dua puluh empat tahun .

Aku menghulur satu
DIA membalasku seribu

Baru terdetik keinginan
DIA memberi apa yang aku perlukan

Kalaupun airmata tak lagi tertahan
Sahutanku tak pernah DIA biarkan

Tiada satupun ujian yang melanda
Melainkan untuk meingingatkan "Aku ada"

Ingin selalu melafazkan syukur
Tak mahu menjadi hambaNya yang futur

Terimakasih Tuhan
Atas nikmat Islam dan Iman 

; 24Tahun dalam kenikmatan .
-Eri.Sa
0447Hrs
29121439H/ 10092018M .
|| Moga semakin terpilih untuk menjadi hambaNya yang Mutee'ah || 


Saja nak luahkan dan abadikan di sini;
{10th September 2017- 10th September 2018}

Setahun yang penuh emosi.
Setahun yang banyak jatuh tapi tetap juga disambut untuk bangun kembali.

Sebagai hamba yang sangat banyak kekurangan dan ceteknya kesabaran,
Pernah tertanya-tanya, "Ya Allah, bila semua ini akan berakhir? Erika penat. Erika tak larat"
Pernah juga dalam keadaan terlalu mendesak dalam meminta, inginkan pilihan dimakbulkan, tapi Allah tetap sambut permintaan dengan penuh kasih sayang.

Allah berikan nikmat kehilangan, agar Erika belajar menghargai pinjaman. 

Allah berikan nikmat sakit, agar Erika sedar apa rasanya sihat. 

Allah berikan nikmat ujian, agar Erika tak lalai dalam kenikmatan.

Atas nikmat-nikmat yang kadangkala dipandang remeh mahupun dipandang sebagai musibah, 
Alhamdulillah, cukup untuk tahu bahawa diri ini masih diperhatikan.

Atas nikmat-nikmat yang bakal dikurniakan Tuhan, 
Ya Allah, izinkan Erika untuk mendahulukanMu dalam apapun keadaan.

//alhamdulillah, hari ni dpt murajaah Quran byk, chocolates, ice cream, flower bouquet & unicorn. Perfect :') // ....................................................

1st Muharram 1440H?
Sudah-sudahlah menjadikan diri-muharam, bila kita nak halal? ت
Lagi satu;
Boleh tak saya request untuk sama-sama mendalami Kalam Tuhan setiap hari sebagai kunci halal kita nanti? ت

Comments

Popular posts from this blog

Setuju untuk se-tuju .

"Lagi?" "Yup, nak berulangkali" #1 "Betul ke?" "I choose to hold on to this, no matter how the actions said otherwise" "Means you are guiding your heart well lah" Sesuatu yang samar-samar, anggap lah ia cuma hiasan perjalanan hidup. Cukup. #2 "Nak balik sama-sama?" "Tapi kita tak sehaluan" Ada orang, tak sehaluan bukan jalan pulang sahaja. tapi termasuk jalan hidup juga. Tak salah jika cara kita berbeza, yang salahnya apabila sikap toleransi tidak ingin dibina bersama. Maka, lebih baik dinoktahkan sahaja. #3 "Sebatas kagum?" "Yup. Sebatas kagum" Back to basic. Jika belum pasti ke arah mana yang ingin dituju, jangan memberi harapan, jangan pula meletak harapan. Serahkan saja pada Tuhan. #4 "Nak message direct tak? sebab panjang sanad kita ni" "Alamak. nak qobiltu pun susah" Bantu bila perlu tetapi tetap sekadarnya. On a serious note, orang yang baik-baik ni, respect lah masyaall...

Pertama dan Permata .

||khatam hafazan alQur'an sekali lagi|| 30031440H/08122018M || 9.03pagi || office murobbi || UNISSA, Brunei Darussalam || Banyak kali diulang,  "Allah nak pilih anti jadi jutawan akhirat. Tak nak ke?" -Murobbi . Kau patahkan hatiku Kau hilangkan harapanku Kau palingkan dunia dariku Semua kerana satu; Agar aku kembali kepadaMu Kau hadirkan dia Sebagai teman setia Tak pernah meninggalkan Walau terkadang selainnya Lebih aku utamakan Diturunkan lebih seribu empat ratus tahun lalu Dengan izinMu, telah sampai kepadaku Zahirnya aku berusaha untuk menjaganya Tapi kerana rahmatMu, aku yang terpelihara Bersamanya pada sepertiga malam Hatiku tenteram Walau suasana mungkin suram Ketika hari mula terang Dengannya, keresahanku seakan terbang Dan kekuatan pun datang Bila senja kian menyerlah Ia mengajarku untuk tidak mengalah Walau aku tersungkur lelah Ketika langit dipenuhi bintang-bintang yang bertaburan Aku masih sedar bahawa bersamanya bukan...

Bolak-Balik; Tolak-Tarik .

  "Erika ada?" "Ada, sedang cuba jaga kiriman istimewa dari Tuhan" #1 "nama saya A*******. saya suka anak cik" "*ehhhhh alamak. mengapa begitu ya orang ini. saya kat sini kot. malu la*" "terimakasih suka anak cik. boleh kita bincang?" seorang ibu terharu, tapi memandang realiti lebih perlu #2 "sorry nak tanya sikit. awak dah berpunya?" "belum, doakan kay kak. bercita-cita nak ada family al-Qur'an bila sampai masanya" "sebenarnya gini. adik akak nak kenal-kenal dengan awak. sebab awak nampak baik sangat..." tapi mungkin orang terlupa, kita semua ada kelemahan sendiri, dan kebanyakannya tersembunyi #3 "saya dah istikharah, dan awak jawapan bagi istikharah saya" "kalau saya bagitahu saya pun dah istikharah dan jawapannya berbeza, macam mana?" istikharah bukan kunci untuk membuatkan seseorang perlu terima. istikharah adalah meminta Allah pilihkan untuk kita #4 "Anak kau belum ada bo...