Skip to main content

Syumul .

♧; "erika, nak gi mane tu?"
♡; "Dating"


Bersama al-Qur'an,
yang dinilai bukan siapa yang paling cepat sampai ke penghujung garisan,

melainkan siapa yang paling berat timbangan kesungguhan.
Sabar dan terus sabar, ya? ت 

- Self-reflect .
...............
Disaat tenggelamnya insan dalam tangisan
al-Qur'an merupakan pujukan
untuk tetap bertahan 
Menuntut sabar dalam ujian

Di saat dunia terhias dengan kelalaian
al-Qur'an datang bersama peringatan
untuk tidak mensia-siakan banyaknya sahutan
agar insan segera kembali pada Tuhan

Di saat ciptaanNya sibuk mencari erti kebahgiaan
al-Qur'an menjawab segala persoalan
Memupuk kebersamaan
Mengajar erti kesetiaan
untuk memperoleh kebahgiaan yang berpanjangan
Biar tak terlihat di sisi insan
tapi harum mewangi di sisi Tuhan

Sedarkah,
Kita semua memerlukan peneman
yang dapat menawarkan sebenar-benar kesetiaan
Bila nanti di dalam kubur keseorangan
dengan takutnya berada dalam kegelapan
menanti Malaikat Munkar dan Nakir untuk dipersoalkan
Apa lagi yang lebih menjamin kesetiaan,
selain daripada al-Quran?

Mari, penuhi masa dengan al-Qur'an
agar sentiasa dalam keberkatan
Mari, menyibukkan diri dengan al-Qur'an
agar tak disibukkan dengan perkara keduniaan
Mari, untuk tidak melupakan al-Qur'an
sehingga tak 'dilupakan' Tuhan 
Mari, berdekat-dekat dengan al-Qur'an

untuk mendekati dan didekati Tuhan

Mari, memupuk perasaan cinta terhadap al-Qur'an
agar dipilih menjadi kesayangan Tuhan

; Syumul .
-Eri.Sa
1007HRS
07021440H/ 16092018M .
|| khatam hafazan kali pertama pada 07 Safar 1434H, selepas 579 hari berjuang. Hari ni, pada tarikh yang sama, selepas 6 tahun mengkhatamkan hafazan, Erika masih dalam proses menguatkan dan mengekalkan hafazan :") doakan Erika, okay? ت ||

(( ada orang tanya, "awak choose Brunei sebab al-Qur'an, kan? dah nak dekat grad ni, tercapai tak target awak untuk al-Qur'an?" untuk cerita tentang ni, insyaallah tunggu post Erika on December, okay? ت ))
……………..
Thoughts; 

You know that feeling of murajaah al-Qur’an tu susah, sampai nangis-nangis & rasa macam “that’s it”?

Tapi bila da banyak perkara berlaku, sampai macam fuhhh penat dengan dunia etc, Kalaamullah je yang mampu memujuk. Bila compare, sebenarnya Quran walaupun susah nak dapat (yeahh sebab hati banyak sangat map kan?), mesti dapat rasa that feeling yang subhaanallah nikmatnya no words can describe.

Kadang terasa macam okay please, nak Quran je. Taknak benda lain selain Quran.

But hey, cannot like that meh. Hidup ni perlu balance. 
حبل من الله وحبل من الناس

………………….
Dating dengan al-Qur'an, menjemput berkah.
Akan datang, Dating dengan yang halal, menjemput sakinah, mawaddah dan rahmah.
Yang pasti, dating dengan kedua-duanya mengharapkan diri selalu dalam tuntunan Allah ت

Comments

Popular posts from this blog

Setuju untuk se-tuju .

"Lagi?" "Yup, nak berulangkali" #1 "Betul ke?" "I choose to hold on to this, no matter how the actions said otherwise" "Means you are guiding your heart well lah" Sesuatu yang samar-samar, anggap lah ia cuma hiasan perjalanan hidup. Cukup. #2 "Nak balik sama-sama?" "Tapi kita tak sehaluan" Ada orang, tak sehaluan bukan jalan pulang sahaja. tapi termasuk jalan hidup juga. Tak salah jika cara kita berbeza, yang salahnya apabila sikap toleransi tidak ingin dibina bersama. Maka, lebih baik dinoktahkan sahaja. #3 "Sebatas kagum?" "Yup. Sebatas kagum" Back to basic. Jika belum pasti ke arah mana yang ingin dituju, jangan memberi harapan, jangan pula meletak harapan. Serahkan saja pada Tuhan. #4 "Nak message direct tak? sebab panjang sanad kita ni" "Alamak. nak qobiltu pun susah" Bantu bila perlu tetapi tetap sekadarnya. On a serious note, orang yang baik-baik ni, respect lah masyaall...

Pertama dan Permata .

||khatam hafazan alQur'an sekali lagi|| 30031440H/08122018M || 9.03pagi || office murobbi || UNISSA, Brunei Darussalam || Banyak kali diulang,  "Allah nak pilih anti jadi jutawan akhirat. Tak nak ke?" -Murobbi . Kau patahkan hatiku Kau hilangkan harapanku Kau palingkan dunia dariku Semua kerana satu; Agar aku kembali kepadaMu Kau hadirkan dia Sebagai teman setia Tak pernah meninggalkan Walau terkadang selainnya Lebih aku utamakan Diturunkan lebih seribu empat ratus tahun lalu Dengan izinMu, telah sampai kepadaku Zahirnya aku berusaha untuk menjaganya Tapi kerana rahmatMu, aku yang terpelihara Bersamanya pada sepertiga malam Hatiku tenteram Walau suasana mungkin suram Ketika hari mula terang Dengannya, keresahanku seakan terbang Dan kekuatan pun datang Bila senja kian menyerlah Ia mengajarku untuk tidak mengalah Walau aku tersungkur lelah Ketika langit dipenuhi bintang-bintang yang bertaburan Aku masih sedar bahawa bersamanya bukan...

Bolak-Balik; Tolak-Tarik .

  "Erika ada?" "Ada, sedang cuba jaga kiriman istimewa dari Tuhan" #1 "nama saya A*******. saya suka anak cik" "*ehhhhh alamak. mengapa begitu ya orang ini. saya kat sini kot. malu la*" "terimakasih suka anak cik. boleh kita bincang?" seorang ibu terharu, tapi memandang realiti lebih perlu #2 "sorry nak tanya sikit. awak dah berpunya?" "belum, doakan kay kak. bercita-cita nak ada family al-Qur'an bila sampai masanya" "sebenarnya gini. adik akak nak kenal-kenal dengan awak. sebab awak nampak baik sangat..." tapi mungkin orang terlupa, kita semua ada kelemahan sendiri, dan kebanyakannya tersembunyi #3 "saya dah istikharah, dan awak jawapan bagi istikharah saya" "kalau saya bagitahu saya pun dah istikharah dan jawapannya berbeza, macam mana?" istikharah bukan kunci untuk membuatkan seseorang perlu terima. istikharah adalah meminta Allah pilihkan untuk kita #4 "Anak kau belum ada bo...