Skip to main content

Bukan Jalan Biasa .

Mengemudi tanpa arah ibarat awak tanpa saya. #KalaamFaasid
Mengemudi tanpa tawakkal dan usaha ibarat kita tanpa Taufeeq dan HidayahNya ت #KalaamSahih

"Dalam kehidupan seharian, sejauh mana kita berusaha untuk mempunyai keperibadian 'EibaadurRahman?" -Murobbi


Ingin sekali menyibukkan diri agar tumpuan beralih arah
Tapi diri jadi lelah, menepis bisikan yang menyinggah

Lalu DIA hadirkan mereka
yang perlu diberi perhatian walau sedetik cuma

Ingin sekali bercerita menghilangkan kecelaruan minda
Tapi mulut terdiam, membisu tak terluah

Lalu DIA datangkan mereka
yang mengharapkan dia memahami apa yang mereka rasa

Ingin sekali menangis agar ia tak lagi menyesakkan dada
Tapi airmata jadi kering, dingin tak tertumpah

Lalu DIA tunjukkan mereka
yang diduga dengan banyaknya masalah

Ingin sekali menulis merungkainya dengan kata-kata
Tapi tangan jadi kaku, beku tak terarah

Lalu DIA hantarkan mereka
yang mendambakan pujukan melalui Kalamullah

Dalam diam, dia berkata;
Andai aku tak syukur,
pasti syaitan berjaya membuatkanku kufur

Andai rasa syukur ini tidak DIA ilhamkan
pasti aku terus bersedihan meratap banyaknya kelemahan

Tuhan
Andai ini yang Engkau tetapkan
Pilih aku untuk melalui jalan ini tanpa mempersoalkan
Izinkan aku untuk menempuhinya dengan ketaatan
Sehingga nanti di sisiMu aku Engkau tempatkan


; Bukan Jalan Biasa .
-Eri.Sa
2347hrs
27071440H/02042019M .

|| Bahtera keimanan masih dilayari perlahan-lahan. Mengharapkan secebis usaha ini dipandang Tuhan. Doakan Little erika Mutee'ah-To-Be ت ||
............................................
Walau tak terlihat pada pandangan mata kasar, 
saya yakin pelayaran awak menuju kepada saya tak akan tersasar ت 

Comments

Popular posts from this blog

Setuju untuk se-tuju .

"Lagi?" "Yup, nak berulangkali" #1 "Betul ke?" "I choose to hold on to this, no matter how the actions said otherwise" "Means you are guiding your heart well lah" Sesuatu yang samar-samar, anggap lah ia cuma hiasan perjalanan hidup. Cukup. #2 "Nak balik sama-sama?" "Tapi kita tak sehaluan" Ada orang, tak sehaluan bukan jalan pulang sahaja. tapi termasuk jalan hidup juga. Tak salah jika cara kita berbeza, yang salahnya apabila sikap toleransi tidak ingin dibina bersama. Maka, lebih baik dinoktahkan sahaja. #3 "Sebatas kagum?" "Yup. Sebatas kagum" Back to basic. Jika belum pasti ke arah mana yang ingin dituju, jangan memberi harapan, jangan pula meletak harapan. Serahkan saja pada Tuhan. #4 "Nak message direct tak? sebab panjang sanad kita ni" "Alamak. nak qobiltu pun susah" Bantu bila perlu tetapi tetap sekadarnya. On a serious note, orang yang baik-baik ni, respect lah masyaall...

Pertama dan Permata .

||khatam hafazan alQur'an sekali lagi|| 30031440H/08122018M || 9.03pagi || office murobbi || UNISSA, Brunei Darussalam || Banyak kali diulang,  "Allah nak pilih anti jadi jutawan akhirat. Tak nak ke?" -Murobbi . Kau patahkan hatiku Kau hilangkan harapanku Kau palingkan dunia dariku Semua kerana satu; Agar aku kembali kepadaMu Kau hadirkan dia Sebagai teman setia Tak pernah meninggalkan Walau terkadang selainnya Lebih aku utamakan Diturunkan lebih seribu empat ratus tahun lalu Dengan izinMu, telah sampai kepadaku Zahirnya aku berusaha untuk menjaganya Tapi kerana rahmatMu, aku yang terpelihara Bersamanya pada sepertiga malam Hatiku tenteram Walau suasana mungkin suram Ketika hari mula terang Dengannya, keresahanku seakan terbang Dan kekuatan pun datang Bila senja kian menyerlah Ia mengajarku untuk tidak mengalah Walau aku tersungkur lelah Ketika langit dipenuhi bintang-bintang yang bertaburan Aku masih sedar bahawa bersamanya bukan...

Bolak-Balik; Tolak-Tarik .

  "Erika ada?" "Ada, sedang cuba jaga kiriman istimewa dari Tuhan" #1 "nama saya A*******. saya suka anak cik" "*ehhhhh alamak. mengapa begitu ya orang ini. saya kat sini kot. malu la*" "terimakasih suka anak cik. boleh kita bincang?" seorang ibu terharu, tapi memandang realiti lebih perlu #2 "sorry nak tanya sikit. awak dah berpunya?" "belum, doakan kay kak. bercita-cita nak ada family al-Qur'an bila sampai masanya" "sebenarnya gini. adik akak nak kenal-kenal dengan awak. sebab awak nampak baik sangat..." tapi mungkin orang terlupa, kita semua ada kelemahan sendiri, dan kebanyakannya tersembunyi #3 "saya dah istikharah, dan awak jawapan bagi istikharah saya" "kalau saya bagitahu saya pun dah istikharah dan jawapannya berbeza, macam mana?" istikharah bukan kunci untuk membuatkan seseorang perlu terima. istikharah adalah meminta Allah pilihkan untuk kita #4 "Anak kau belum ada bo...