Skip to main content

Warkah Cinta dan Penulisnya .

(Sekarang saya cuma mampu jadi third-wheeler IbuAyah je)

Tiada yang saya harapkan melainkan kita sama-sama menjadi penyebab
IbuAyah dapat tetap berpimpin tangan sehingga ke melangkah SyurgaNya ت
"Erika, cuba sama-sama fikir, rasa-rasa kenapa Allah sebut (الرَّحْمَن* عَلَّمَ الْقُرْءان)?" -Murobbi


................
Tidaklah aku dapat menghafal al-Qur'an
jika tidak dapat aku membacanya

Tidaklah aku dapat merasakan nikmatnya
bersama Kalam Tuhan
melainkan ada guru yang membimbingku
dalam menghayati setiap baris-baris indah darinya

Tidaklah ada guru yang menyusun waktu
untuk mendidikku
agar tetap berpegang dengan ayat-ayatNya 
melainkan ada ibuayah yang menghantarkanku
kepada mereka

Tidaklah ibuayah menyerahkanku
kepada guru-guru al-Qur'an
untuk diasuh dan dibentuk agar tidak putus asa 
dalam menjadikan al-Qur'an sebagai teman setia
melainkan Allah menggerakkan hati mereka
untuk melakukannya

Guru-guru dan ibuayah hanyalah wasilah
Di sebalik susunan indah ini
Ada DIA yang Maha Mengasihani hambaNya
Maka
Perjalanan yang aku tempuh ini
Wajarkah diniatkan untuk selainNya?

; Warkah Cinta dan Penulisnya .
-Eri.Sa
2235Hrs
16021441H/ 14102019M .
/Ziarah guru al-Qur'an pertama bersama MamaPapa. Emosi sedikit, cuba untuk tahan airmata dari tertumpah. Banyak sangat yang dikenangkan. Tiadalah nikmatNya dipinjamkan melainkan untuk mendidik erika agar tetap sabar dan syukur pada setiap takdir yang menyapa/

...........................
Guru-guru al-Qur'an penawar hati,
Tapi awak pelengkap sanubari ت 

Comments

Popular posts from this blog

Setuju untuk se-tuju .

"Lagi?" "Yup, nak berulangkali" #1 "Betul ke?" "I choose to hold on to this, no matter how the actions said otherwise" "Means you are guiding your heart well lah" Sesuatu yang samar-samar, anggap lah ia cuma hiasan perjalanan hidup. Cukup. #2 "Nak balik sama-sama?" "Tapi kita tak sehaluan" Ada orang, tak sehaluan bukan jalan pulang sahaja. tapi termasuk jalan hidup juga. Tak salah jika cara kita berbeza, yang salahnya apabila sikap toleransi tidak ingin dibina bersama. Maka, lebih baik dinoktahkan sahaja. #3 "Sebatas kagum?" "Yup. Sebatas kagum" Back to basic. Jika belum pasti ke arah mana yang ingin dituju, jangan memberi harapan, jangan pula meletak harapan. Serahkan saja pada Tuhan. #4 "Nak message direct tak? sebab panjang sanad kita ni" "Alamak. nak qobiltu pun susah" Bantu bila perlu tetapi tetap sekadarnya. On a serious note, orang yang baik-baik ni, respect lah masyaall...

Pertama dan Permata .

||khatam hafazan alQur'an sekali lagi|| 30031440H/08122018M || 9.03pagi || office murobbi || UNISSA, Brunei Darussalam || Banyak kali diulang,  "Allah nak pilih anti jadi jutawan akhirat. Tak nak ke?" -Murobbi . Kau patahkan hatiku Kau hilangkan harapanku Kau palingkan dunia dariku Semua kerana satu; Agar aku kembali kepadaMu Kau hadirkan dia Sebagai teman setia Tak pernah meninggalkan Walau terkadang selainnya Lebih aku utamakan Diturunkan lebih seribu empat ratus tahun lalu Dengan izinMu, telah sampai kepadaku Zahirnya aku berusaha untuk menjaganya Tapi kerana rahmatMu, aku yang terpelihara Bersamanya pada sepertiga malam Hatiku tenteram Walau suasana mungkin suram Ketika hari mula terang Dengannya, keresahanku seakan terbang Dan kekuatan pun datang Bila senja kian menyerlah Ia mengajarku untuk tidak mengalah Walau aku tersungkur lelah Ketika langit dipenuhi bintang-bintang yang bertaburan Aku masih sedar bahawa bersamanya bukan...

Bolak-Balik; Tolak-Tarik .

  "Erika ada?" "Ada, sedang cuba jaga kiriman istimewa dari Tuhan" #1 "nama saya A*******. saya suka anak cik" "*ehhhhh alamak. mengapa begitu ya orang ini. saya kat sini kot. malu la*" "terimakasih suka anak cik. boleh kita bincang?" seorang ibu terharu, tapi memandang realiti lebih perlu #2 "sorry nak tanya sikit. awak dah berpunya?" "belum, doakan kay kak. bercita-cita nak ada family al-Qur'an bila sampai masanya" "sebenarnya gini. adik akak nak kenal-kenal dengan awak. sebab awak nampak baik sangat..." tapi mungkin orang terlupa, kita semua ada kelemahan sendiri, dan kebanyakannya tersembunyi #3 "saya dah istikharah, dan awak jawapan bagi istikharah saya" "kalau saya bagitahu saya pun dah istikharah dan jawapannya berbeza, macam mana?" istikharah bukan kunci untuk membuatkan seseorang perlu terima. istikharah adalah meminta Allah pilihkan untuk kita #4 "Anak kau belum ada bo...