Skip to main content

Mencantas Duri .

 

Menghilang, ditemukan jalan pulang ت


“Take me away”, she begged.
Little did she know that what she went through
is His way to redirect her towards HIM
                                                    ; Self-Reflect .

 ................

Ujian bertamu, tak terduga
Merampas selesa
Mengejutkan yang lena
Bangkit menyahut panggilan DIA

Ada cerita dapat dikongsi bersama
Ada pula yang patut kekal rahsia
Tak terungkap melalui kata-kata
Menjadikan airmata sebagai penyampainya

Mengemis doa dari sesiapa sahaja
Mengelak dari semua pada waktu yang sama
Terus menghilang bila ditanya sebabnya
Dengan alasan perlukan masa 

Dan dia menjadi pelakon hebat
Yang dekat menyangka dia kuat
Segala rasa dipendam dalam-dalam
Esak tangisan peneman malam 

Tapi musibah cuma pada zahirnya
Menyakini takdir tersusun indah
Mengajar dia dengan caraNya
Walau belum sepenuhnya tersingkap hikmah 

Sedikit demi sedikit watak insan mula disantuni
Sifat ihsan pelengkap peribadi
Gerakan ibadah diperhalusi, rangkap-rangkapnya diselami
Menyedari kekerdilan diri, semakin mengakui keagungan Ilahi 

Maka dia serahkan semua pada DIA yang menentukan pengakhiran
Di samping menjalani takdir mengikut kemampuan
Mengharap keredhaanNya sebagai pengiring perjalanan
Sabar dan syukur menjadi hiasan pejuangan
Mengakui DIA yang seharusnya diberi keutamaan
Terus-terusan belajar menjadi Mutee’ah di sisi Tuhan

; Mencantas Duri .
- Eri.Sa
1909Hrs
27101442H/ 07062021M.

..................

Tulisan ini juga ditemani airmata
إنّا لله وإنّا إليهِ رَاجعُون . وَأُفَوِّضُ أَمْرِي إِلَى الله
Terimakasih tanya khabar, Terimakasih sabar,
Terimakasih faham, Terimakasih beri ruang,
Terimakasih ada dan sudi mengirimkan doa.

Comments

Popular posts from this blog

Setuju untuk se-tuju .

"Lagi?" "Yup, nak berulangkali" #1 "Betul ke?" "I choose to hold on to this, no matter how the actions said otherwise" "Means you are guiding your heart well lah" Sesuatu yang samar-samar, anggap lah ia cuma hiasan perjalanan hidup. Cukup. #2 "Nak balik sama-sama?" "Tapi kita tak sehaluan" Ada orang, tak sehaluan bukan jalan pulang sahaja. tapi termasuk jalan hidup juga. Tak salah jika cara kita berbeza, yang salahnya apabila sikap toleransi tidak ingin dibina bersama. Maka, lebih baik dinoktahkan sahaja. #3 "Sebatas kagum?" "Yup. Sebatas kagum" Back to basic. Jika belum pasti ke arah mana yang ingin dituju, jangan memberi harapan, jangan pula meletak harapan. Serahkan saja pada Tuhan. #4 "Nak message direct tak? sebab panjang sanad kita ni" "Alamak. nak qobiltu pun susah" Bantu bila perlu tetapi tetap sekadarnya. On a serious note, orang yang baik-baik ni, respect lah masyaall...

Bolak-Balik; Tolak-Tarik .

  "Erika ada?" "Ada, sedang cuba jaga kiriman istimewa dari Tuhan" #1 "nama saya A*******. saya suka anak cik" "*ehhhhh alamak. mengapa begitu ya orang ini. saya kat sini kot. malu la*" "terimakasih suka anak cik. boleh kita bincang?" seorang ibu terharu, tapi memandang realiti lebih perlu #2 "sorry nak tanya sikit. awak dah berpunya?" "belum, doakan kay kak. bercita-cita nak ada family al-Qur'an bila sampai masanya" "sebenarnya gini. adik akak nak kenal-kenal dengan awak. sebab awak nampak baik sangat..." tapi mungkin orang terlupa, kita semua ada kelemahan sendiri, dan kebanyakannya tersembunyi #3 "saya dah istikharah, dan awak jawapan bagi istikharah saya" "kalau saya bagitahu saya pun dah istikharah dan jawapannya berbeza, macam mana?" istikharah bukan kunci untuk membuatkan seseorang perlu terima. istikharah adalah meminta Allah pilihkan untuk kita #4 "Anak kau belum ada bo...

Hempas-Pulas .

"Erika buat apa tu?" "Menyulam favourite nama Allah untuk digantung dan ditatap banyak kali sehingga resap di hati" ||2023; Tahun Baru|| #1 Lepas Subuh Qur'an Time adalah masa untuk bersiap-siap pergi kerja. Ayah tutup Qur'an dan tiba-tiba bersuara;  "Kalau ada 1 ke 2 juta, tak payah nak kerja kan, dik? Boleh hari-hari cycle gi park" #2 Kepenatan semalam belum hilang sepenuhnya. Bahkan menjejak tahun baru juga belum sempat diproses dan tiba-tiba telah hampir tiba ke penghujung bulan Januari. Pagi-Pagi hampir waktu kelas bermula, rakan sekerja ajak berbicara; "Awak. Januari dah nak habis, tapi kita belum dapat adapt dengan workload kita. Cepatnya masa berlalu. Penat ya subhanallahhhh. Best eh kalau dapat cuti seminggu ke sebulan ke setahun" #3 Pulang dari kerja, adik bongsu pula masuk bilik, terus duduk di ruang workspace kak ika nya sambil mengeluh panjang. Kemudian meluah; "We work, work, work. Then we spend the money. We need to co...