Skip to main content

Posts


Awal - Akhir .

Disebalik impian yang menggunung tinggi, ada DIA yang menguasai langit dan bumi ت Semua sudah jelas Ini peringatan yang perlu kau galas Kalau di sini kau tak siapkan bekal  Takut di sana nanti kau gagal  Kalau kau bergantung pada Yang Kekal Cinta kau pada dunia akan tertanggal Kalau hati kau benar-benar cekal  Ujian dariNya kau hadapi tanpa rasa janggal Kalau kau seorang hamba yang berakal  NikmatNya tak kau terlihat bersifat tunggal Kalau kau ringan tangan dalam beramal Syurga layaknya tempat kau bakal tinggal Jika kau tertanya kenapa hidup terasa dipulas Cuba selami celah mana yang belum kau ulas ; Awal- Akhir . -Eri.Sa 0000hrs 09121439H/21082018 .  || Tak termaknalah syukur jika tak teramal; cuma ada pada tutur || ...................................  ... dan di antara impian saya adalah awak yang mensyukuri segala pemberianNya ت

Aku yang kau gelar Hafizah .

Seperti ayat mutasyabihat, awak dan saya pasti ada rahsia tersendiri ت Aku yang kau gelar Hafizah Terlalu jauh dari sempurna Mula menghafal tertatih-tatih Mengulang masih mengadu letih Sana sini mushaf di tangan Sejuzuk pun belum tentu dalam ingatan Disoal sepotong ayat laju aku perdengarkan Lidah aku Tuhan yang gerakkan Ingin sekali Suhbatul Quran Tapi masih bermalas-malasan Jadikan ilmu sebagai amal belum terlaksana  Peribadiku tak berupa Bidadari Syurga Aku tak semulia yang kau sangka Cuma k elemahanku, Tuhan masih jaga  Bukan aku mahu dipandang hina Cukuplah kau tak lupa aku juga manusia Aku tak kata huffaz semua sama Biasalah manusia, ujian berbeza-beza Tak juga kata "jangan hafal Quran" Taman syurga telah Allah janjikan Segala puji bagi Tuhan Aku temui luka yang membahagiakan Daripada menilai aku sebaik-baik manusia Apa kata kau hadiahkan aku doa ; Aku yang kau gelar hafizah . -Eri.Sa 2233Hrs 02121439H/ 13082018M || Redha siap...

Suratan Kasih Sayang .

Dunia bukan tempat untuk bersenang, apatah lagi bila kau tak berpegang pada tali Tuhan ت "Sometimes others focus too much on our result and mislooked our struggles. Sometimes we focus too much on the test until we forget about His promises." ; self-reflect . Di siang hari dia ceria Kau kata dia bahagia Hidupnya serba sempurna Seakan tiada masalah dihadapinya Kau tak tahu tika malam mula sepi Dia tersujud lemah pada Ilahi Memohon Tuhannya memberi kekuatan hati Dengan esak tangisan yang sukar terhenti Siangnya dia banyak menghulurkan tangan Kau kata dia serba ada Tuhan pasti lebih menyayanginya Kau tak tahu di sepertiga malam Dia tersungkur layu di hadapan Tuhan Merayu agar dicampakkan keikhlasan Siangnya bukan untuk menunjuk-nunjuk Melainkan membuat hatinya terpujuk  Tuhan tak biarkan dia terasa teruk  Malamnya dihiasi tangisan Terasa tak layak menerima kenikmatan Disamping Tuhannya masih menutupkan keaiban Tidurnya dengan harapan Kesunggu...

Piala .

Dunia tak cari juri yang memenangkan. Jadi juri yang adil, ya? ت Wanita bukan sebatang piala Yang hanya menjadi rebutan Agar dinobatkan sebagai juara Wanita bukan untuk dipertandingkan Yang mana dijadikan hiasan Setelah meraih kemenangan Wanita untuk dikasihi dan dihargai Menjadi mawar yang segar Di hati orang yang layak disanjungi Wanita untuk dididik dan dihormati Beruntunglah mereka Yang mencari cinta hakiki ; Piala . -Eri.Sa 1521Hrs 20111439H/ 02082018M ||sebab teringat ibu cakap kat kakak, "adik kau ni bukan trophy" || ......................................... Awak juara di hati saya andai sungguh-sungguh mematuhi suruhan Pencipta kita ت

Tersingkap .

Apa yang awak nampak dahulu? Tak kisahlah apa yang awak nampak dahulu. Yang penting, saya nampak awak ada potensi untuk mendidik generasi kita ت "Fikirku,  peduli apa sama manusia?! Cuma Allah yang aku mahu.  Bisikku, ada apa pada dunia?! Cuma syurga impianku.  Rupanya, tiada jalan menujuMu tanpa Menyantuni makhlukMu terlebih dahulu. Kiranya, tidak terbuka pintu syurga Jika dunia tidak dijaga"  -Mufti Singapura,  Dr.Fatris Bakaram. Andai tulus sayangnya kita pada DIA Berdepanlah dengan hamba-hambaNya  sebagaimana yang DIA cinta Berurusanlah dengan ciptaanNya  dengan rasa kasih sehingga tiada yang tersakiti  kerana kita  Andaipun kita yang tersakiti  dengan sikap manusia  Katakanlah;  Allah, pilihlah aku untuk  menjadi orang yang sabar keranaMu  Andaipun ketika ingin sekali kita  melepaskan rasa marah  kerana sikap mereka Katakanlah;  Allah, kerana mereka juga...

Sedar .

Saya dah sampai. Awak kat mana? ت Aku pernah  meletakkan harapan dalam diam Akhirnya aku  tersungkur dalam kekecewaan Aku pernah  memberi harapan tanpa sedar Dan aku saksikan  senyuman kian pudar Aku belajar untuk istikharah pada Tuhan Walau untuk sekecil-kecil tujuan Kini aku lebih menikmati ketenangan Dalam mengharapkan  langkahku menjadi tuntunan Aku, masih belajar ; Sedar . -Eri.Sa 1345Hrs 16111439H/29072018M || dalam flight dari Singapore ke Brunei. Tinggi mahupun rendah, Ingin selalu dituntuni Tuhan || ............................................... Saya nak ikut jejak langkah awak . Awak dah sedia untuk dicontohi oleh generasi kita? ت

Musafir .

Akan datang, kita memaknakan erti 'ibadah' sama-sama, ya? ت Ingatkan aku; Dunia ini adalah tempat asing Yang hanya untuk disinggah Bukan tempat bermukim Dan bila tiba saatnya Akanku lari Bersama mereka Yang disangka asing Hingga tersenyum Dalam dakapan DIA; jauh dari mereka Yang bakal terasing Dunia- tak layak ditangisi .  Sama-sama bina masa hadapan di Syurga Firdausi? ; Musafir -Eri.Sa 2327Hrs 05111439H/17072018M || Manusia diciptakan untuk beribadah. Tapi maksud 'ibadah' itu sendiri terlalu luas, bukan? || ..................................................... Boleh saya jadi travel partner awak   ke syurga? ت