Skip to main content

Posts


Bisik-Tatih .

  DIA adalah sebaik-baik Penjaga ت Sangkaanku, usaha kecil ini adalah sebagai tanda syukur, Tetapi peluang ini pun DIA yang atur ت                                                                                                                                  ; Self-Reflect . Ada yang sekadar angan-angan, lalu Allah merealisasikan walau mungkin setelah kita lupakan. Ada yang menjadi impian, kemudian Allah temukan jalan. Ada yang tak pernah terlintas di fikiran, Allah tetap berikan; sesuai dengan keperluan. "Mari sini, AKU dengarkan walau tanpa sepatah pun perkataan"  لك الحمد ولك الشكر 💕 ; Bisik-Ta...

Bolak-Balik; Tolak-Tarik .

  "Erika ada?" "Ada, sedang cuba jaga kiriman istimewa dari Tuhan" #1 "nama saya A*******. saya suka anak cik" "*ehhhhh alamak. mengapa begitu ya orang ini. saya kat sini kot. malu la*" "terimakasih suka anak cik. boleh kita bincang?" seorang ibu terharu, tapi memandang realiti lebih perlu #2 "sorry nak tanya sikit. awak dah berpunya?" "belum, doakan kay kak. bercita-cita nak ada family al-Qur'an bila sampai masanya" "sebenarnya gini. adik akak nak kenal-kenal dengan awak. sebab awak nampak baik sangat..." tapi mungkin orang terlupa, kita semua ada kelemahan sendiri, dan kebanyakannya tersembunyi #3 "saya dah istikharah, dan awak jawapan bagi istikharah saya" "kalau saya bagitahu saya pun dah istikharah dan jawapannya berbeza, macam mana?" istikharah bukan kunci untuk membuatkan seseorang perlu terima. istikharah adalah meminta Allah pilihkan untuk kita #4 "Anak kau belum ada bo...

Saat Genggaman Terlepaskan .

  Tangan tidak sengaja dilepaskan melainkan untuk diangkat; memohon kebaikan dari Tuhan ت |23072019| Yang berjarak cuma bumi tempat kita berpijak tapi masih di bawah langit yang sama selagi tak ditakdirkanNya untuk retak jasad mungkin tak bersebelahan tapi secara ruhi pasti tak berjauhan kalau hati kita bertuhan ; yang tak pernah terfikir, kita akan terpisah se-lama ini |20122021| Ada ketika kita diuji dengan perpisahan bergantung pada kenangan menghitung waktu untuk kembali disatukan Ada juga perpisahan yang dijadikan abadi; tak lagi dipertemukan kembali rindu pula hanya terbalas sepi Perpisahan mengajar erti menghargai; mensyukuri apa sahaja yang ada di sisi, memuncakkan rasa untuk menghadirkan hati; menjadikan dua hati saling berkomunikasi Perpisahan mendidik hati untuk menterjemahkan rindu pada mulut yang terkunci bisu walau mungkin tak berhubung tapi tetap menyampaikan bait-bait doa kepada Yang Maha Agung Perpisahan mengajar erti menjadi hamba tidak membentak untuk mengikut ke...

Mencantas Duri .

  Menghilang, ditemukan jalan pulang ت “Take me away”, she begged. Little did she know that what she went through is His way to redirect her towards HIM                                                                  ; Self-Reflect .  ................ Ujian bertamu, tak terduga Merampas selesa Mengejutkan yang lena Bangkit menyahut panggilan DIA Ada cerita dapat dikongsi bersama Ada pula yang patut kekal rahsia Tak terungkap melalui kata-kata Menjadikan airmata sebagai penyampainya Mengemis doa dari sesiapa sahaja Mengelak dari semua pada waktu yang sama Terus menghilang bila ditanya sebabnya Dengan alasan perlukan masa   Dan dia menjadi pelakon hebat Yang dekat menyangka dia kuat Segala rasa dipendam dalam-dalam Esak tangisan peneman malam   Tapi musibah cuma pada...

Kesementaraan .

Saya di atas bukit, dah sampai beritahu, ya? ت Hati-hati kayuh, Tuan Berhenti sebentar bila kaki terasa lenguh Dunia ini bukan lumbaan antara kita dengan mereka Tetapi adalah perjalanan kita menuju DIA Warkah cintaNya peganglah erat-erat, Tuan Ia sapaan terindah saat ujian tak tertahan Membuka mata untuk melihat sajian sebenar Tuhan Nanti bila awan mendung Cepat-cepatlah cari tempat untuk berlindung Maaf, hamba bukan Tuhan Lafaz cinta setia hamba yang tak berpenghujung pun tak mampu untuk memayung Andai hamba tak lagi menyapa Ingatlah DIA yang sentiasa ada Hamba pulang dulu Titipkanlah doa selalu ; Kesementaraan . -Eri.Sa 1147Hrs 27061441H/ 19072020M ........... Saya perlu turun atau tunggu sahaja awak untuk mendaki ke sini? ت

Latih untuk Tatih .

Awak  main  hide-and-seek ? ت Tidak dikenali lebih disukai Menyendiri, bersembunyi Jikapun terbang, rasa bebas tanpa diperhati Tapi sayang, Tanah luas terbentang Benih sudah ada dalam genggaman Siang malam bergantian Masih terus-terusan menolak peluang Membiarkannya rosak, retak, kering-kontang Bentak hati kepada gerak geri Yang meletak harapan? Yang mendambakan tauladan? Yang mencita-citakan kemenangan? Abaikan saja, kah? Terbang dengan butiran maslahat Berehat tetap menyebar manfaat Beriringan membentuk diri dan masyarakat? ; Latih untuk Tatih . -Eri.Sa 0831Hrs 02101441H/ 25052020M . ........................... Izinkan saya latih bertatih dulu, ya? ت Doakan agar usaha kecil ini bermanfaat untuk huffaz khususnya dan mampu menarik minat masyarakat untuk mendampingi al-Qur'an umumnya ت ................................ Okay, saya kira sampai sepuluh. Kalau tak dapat jumpa awak , saya yang bersembunyi pula ت

Pisah Sementara, Mengenal DIA .

Umur dah suku abad pun ibu masih temankan untuk jumpa doktor 😂 Thank you, Mama. Love you! 💕 Anak-anakku, Sebagaimana guruku berpesan padaku; Di saat kita diuji dengan perpisahan Harapanku agar waktu ini kau manfaatkan Ingatlah al-Qur'an merupakan syifa' dan kerehatan Anak-anakku,  Sebagaimana guruku berpesan padaku; WarkahNya jangan pernah kau tinggalkan Ini peluang kita untuk melatih kebersamaan Agar dalam peribadimu, hikmahnya dapat kau terjemahkan Anak-anakku, Sebagaimana pernah aku merasa peritnya berjauhan Mengharap ada lagi takdir untuk hafazanku didengarkan Bila suatu hari nanti kita sekali lagi dikumpulkan Nikmat itu jangan pernah kau sia-siakan Ketahuilah anak-anakku, Tiada yang kuharapkan selain yang terbaik untukmu Dan semestinya menjadi lebih baik dariku Yang sentiasa mendoakanmu  Dan mengharap agar diri ini juga didoakan, Gurumu . Jumu'ah Mubaarakah 💕 18Rejab1441H/ 13032020M ......... #Covid19 Simpan sini untuk kenangan ...