Skip to main content

Ada apa pada nama .

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَعِبٌ وَلَهْوٌ ۖ وَلَلدَّارُ الْآخِرَةُ خَيْرٌ لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ ۗ أَفَلَا تَعْقِلُونَ (6:32)

Pangkat dikejar
Jawatan dijunjung
Nama dituntut
Aduhai
Betapa ramai yang hanyut dalam arus duniawi
Tenggelam dalam nafsu sendiri

Yang dikejar itu
Atau yang dijunjung
Mahupun yang dituntut
Mungkin banyak manfaat yang dapat digapai
Dan semakin dikenali ramai
Satu kejayaan buat sesetengah orang

Tapi kalau buat pahala kurang
Silaturrahmi goyang
Mardhatillah hilang
Nak teruskan atau lepaskan?

Ingat
semua itu adalah amanah
Dan amanah bakal dipersoalkan

Akhirnya
Ada apa pada nama
jika kau tak dapat pandu ke arah islah?

💕19th Rabiulawwal 1438H💕

Comments

Popular posts from this blog

Setuju untuk se-tuju .

"Lagi?" "Yup, nak berulangkali" #1 "Betul ke?" "I choose to hold on to this, no matter how the actions said otherwise" "Means you are guiding your heart well lah" Sesuatu yang samar-samar, anggap lah ia cuma hiasan perjalanan hidup. Cukup. #2 "Nak balik sama-sama?" "Tapi kita tak sehaluan" Ada orang, tak sehaluan bukan jalan pulang sahaja. tapi termasuk jalan hidup juga. Tak salah jika cara kita berbeza, yang salahnya apabila sikap toleransi tidak ingin dibina bersama. Maka, lebih baik dinoktahkan sahaja. #3 "Sebatas kagum?" "Yup. Sebatas kagum" Back to basic. Jika belum pasti ke arah mana yang ingin dituju, jangan memberi harapan, jangan pula meletak harapan. Serahkan saja pada Tuhan. #4 "Nak message direct tak? sebab panjang sanad kita ni" "Alamak. nak qobiltu pun susah" Bantu bila perlu tetapi tetap sekadarnya. On a serious note, orang yang baik-baik ni, respect lah masyaall...

Pertama dan Permata .

||khatam hafazan alQur'an sekali lagi|| 30031440H/08122018M || 9.03pagi || office murobbi || UNISSA, Brunei Darussalam || Banyak kali diulang,  "Allah nak pilih anti jadi jutawan akhirat. Tak nak ke?" -Murobbi . Kau patahkan hatiku Kau hilangkan harapanku Kau palingkan dunia dariku Semua kerana satu; Agar aku kembali kepadaMu Kau hadirkan dia Sebagai teman setia Tak pernah meninggalkan Walau terkadang selainnya Lebih aku utamakan Diturunkan lebih seribu empat ratus tahun lalu Dengan izinMu, telah sampai kepadaku Zahirnya aku berusaha untuk menjaganya Tapi kerana rahmatMu, aku yang terpelihara Bersamanya pada sepertiga malam Hatiku tenteram Walau suasana mungkin suram Ketika hari mula terang Dengannya, keresahanku seakan terbang Dan kekuatan pun datang Bila senja kian menyerlah Ia mengajarku untuk tidak mengalah Walau aku tersungkur lelah Ketika langit dipenuhi bintang-bintang yang bertaburan Aku masih sedar bahawa bersamanya bukan...

Hempas-Pulas .

"Erika buat apa tu?" "Menyulam favourite nama Allah untuk digantung dan ditatap banyak kali sehingga resap di hati" ||2023; Tahun Baru|| #1 Lepas Subuh Qur'an Time adalah masa untuk bersiap-siap pergi kerja. Ayah tutup Qur'an dan tiba-tiba bersuara;  "Kalau ada 1 ke 2 juta, tak payah nak kerja kan, dik? Boleh hari-hari cycle gi park" #2 Kepenatan semalam belum hilang sepenuhnya. Bahkan menjejak tahun baru juga belum sempat diproses dan tiba-tiba telah hampir tiba ke penghujung bulan Januari. Pagi-Pagi hampir waktu kelas bermula, rakan sekerja ajak berbicara; "Awak. Januari dah nak habis, tapi kita belum dapat adapt dengan workload kita. Cepatnya masa berlalu. Penat ya subhanallahhhh. Best eh kalau dapat cuti seminggu ke sebulan ke setahun" #3 Pulang dari kerja, adik bongsu pula masuk bilik, terus duduk di ruang workspace kak ika nya sambil mengeluh panjang. Kemudian meluah; "We work, work, work. Then we spend the money. We need to co...