Skip to main content

Pelangi Ke-empat

< Jumaat yg lebih indah drpd biasa || 21st December 2012 || sembilan tiga puluh tujuh pagi >
 "Kalau nak dibandingkan, sebenarnya jaga (hafazan) AlQuran lagi susah drpd jaga hati"
 -Sahabat Syurga 

betul. sbb kita ni manusia. Lalai, cuai, sering lupa; mmg sifat kita. Tapi belum terlambat kan utk 'memikat hati' Sang Pencipta?

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ
"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik"
(Surah Al-Ankabut: 69)

2013
Tahun pertama, 
nampak murajaah Al-Quran kurang penting.

2014
Tahun kedua,
dpt semangat drpd bidadari-bidadari syurga.

2015
Tahun ketiga, 
kenal erti "sendiri" yg sebenarnya tk pernah sendiri.

2016
Tahun keempat, 
pertolongan dtg bertubi-tubi.

Tahun-tahun akan dtg?
Biarkan hati utk terus jatuh cinta dgn kalamNya yg membangunkan jiwa. 

Semuanya tak tergapai tanpa tembakan doa dan suntikan semangat drpd awak yg sedang membaca dan mereka yg saya cinta mahupun yg sudi 'memberi' secara rahsia. Saya? Masih 'mengayuh basikal'. Cuma,  


Bagaimana mungkin seorang hamba yg cuba utk menjadi kesayangan Pemilik Warkah Cinta, rela membiarkan Murajaah AlQuran-nya kekal “muda” sedangkan Mushaf Al-Quran yang dibawa kemana-mana itu semakin berusia ?

Maka, kalau nmpk saya tk serious mencintaiNya dari sudut manapun, mohon tegur & tarik saya ke titian yg seharusnya kita semua tempuh :)

اللهم اجعل القرآن ربيع قلوبنا واجعلنا من أهل القرآن

💕21st Rabiulawwal 1438H💕

Comments

Popular posts from this blog

Setuju untuk se-tuju .

"Lagi?" "Yup, nak berulangkali" #1 "Betul ke?" "I choose to hold on to this, no matter how the actions said otherwise" "Means you are guiding your heart well lah" Sesuatu yang samar-samar, anggap lah ia cuma hiasan perjalanan hidup. Cukup. #2 "Nak balik sama-sama?" "Tapi kita tak sehaluan" Ada orang, tak sehaluan bukan jalan pulang sahaja. tapi termasuk jalan hidup juga. Tak salah jika cara kita berbeza, yang salahnya apabila sikap toleransi tidak ingin dibina bersama. Maka, lebih baik dinoktahkan sahaja. #3 "Sebatas kagum?" "Yup. Sebatas kagum" Back to basic. Jika belum pasti ke arah mana yang ingin dituju, jangan memberi harapan, jangan pula meletak harapan. Serahkan saja pada Tuhan. #4 "Nak message direct tak? sebab panjang sanad kita ni" "Alamak. nak qobiltu pun susah" Bantu bila perlu tetapi tetap sekadarnya. On a serious note, orang yang baik-baik ni, respect lah masyaall...

Pertama dan Permata .

||khatam hafazan alQur'an sekali lagi|| 30031440H/08122018M || 9.03pagi || office murobbi || UNISSA, Brunei Darussalam || Banyak kali diulang,  "Allah nak pilih anti jadi jutawan akhirat. Tak nak ke?" -Murobbi . Kau patahkan hatiku Kau hilangkan harapanku Kau palingkan dunia dariku Semua kerana satu; Agar aku kembali kepadaMu Kau hadirkan dia Sebagai teman setia Tak pernah meninggalkan Walau terkadang selainnya Lebih aku utamakan Diturunkan lebih seribu empat ratus tahun lalu Dengan izinMu, telah sampai kepadaku Zahirnya aku berusaha untuk menjaganya Tapi kerana rahmatMu, aku yang terpelihara Bersamanya pada sepertiga malam Hatiku tenteram Walau suasana mungkin suram Ketika hari mula terang Dengannya, keresahanku seakan terbang Dan kekuatan pun datang Bila senja kian menyerlah Ia mengajarku untuk tidak mengalah Walau aku tersungkur lelah Ketika langit dipenuhi bintang-bintang yang bertaburan Aku masih sedar bahawa bersamanya bukan...

Bolak-Balik; Tolak-Tarik .

  "Erika ada?" "Ada, sedang cuba jaga kiriman istimewa dari Tuhan" #1 "nama saya A*******. saya suka anak cik" "*ehhhhh alamak. mengapa begitu ya orang ini. saya kat sini kot. malu la*" "terimakasih suka anak cik. boleh kita bincang?" seorang ibu terharu, tapi memandang realiti lebih perlu #2 "sorry nak tanya sikit. awak dah berpunya?" "belum, doakan kay kak. bercita-cita nak ada family al-Qur'an bila sampai masanya" "sebenarnya gini. adik akak nak kenal-kenal dengan awak. sebab awak nampak baik sangat..." tapi mungkin orang terlupa, kita semua ada kelemahan sendiri, dan kebanyakannya tersembunyi #3 "saya dah istikharah, dan awak jawapan bagi istikharah saya" "kalau saya bagitahu saya pun dah istikharah dan jawapannya berbeza, macam mana?" istikharah bukan kunci untuk membuatkan seseorang perlu terima. istikharah adalah meminta Allah pilihkan untuk kita #4 "Anak kau belum ada bo...