Skip to main content

Posts


Qowiyyun Ameen .

Pentingnya ada sahabat yang mempunyai matlamat yang sama. Tapi kalau tak ada, Allah tu kan sentiasa ada? :)  Pernah ketika aku jatuh dahulu, sahabat syurga datang menghulurkan tangan. Ringkas tapi penuh makna, katanya;   "Kau akan hilang dunia  demi mempertahankan ikatan kau dengan Tuhan"  Kuatlah sang bidadari Tegas berprinsip Malu pada tempatnya Cakap bila perlu Raikan tak sampai lalai Diam yang menyampaikan Masa dihargai Quran jadi teman setia Adab mantap Pandangan terjaga Berani kerana benar Amanah terlaksana Jauh daripada fitnah Sabar mendamaikan Ujian membangunkan MencintaiNya secara tabteela Tuhan, Disaat aku perlu membuat pilihan, Izinkan aku untuk tetap memilihMu sebagai akar bagi segala pilihanku. * angkat tangan tinggi-tinggi * bidadari syurga itu lebih dikenali atau lebih dihormati, ya? ت || kisah semalam yang tercatat beribu pengajaran || 💕21st Jamadilawwal 1438H💕

A Climb .

Tonight will end soon. Tomorrow please be cheerful :) I dont know. i'm not sure. i begin to tumble down, i lost some part of me to continue revising (Murajaah) Quran wholeheartedly its been a week since i started to feel give up I need motivations I need time but, oh whats new? so i just want to let it out. one day just that one day, if i caught in this situation again, i know its normal, i know its okay. And if i acknowledge others in this situation, i would understand them better i would not judge them i too, would increase my thankfulness towards Him, the One who hold my heart you see, A Hafiz or Hafizah its not only a plain title where anyone would proud to be one. we are different from others. we hold the heaviest responsibility. we do feel pressured especially when someone put high expectations on us. They say A Hafiz or Hafizah should be pious shouldn't do any mistakes, should remember every single verse of the Quran All those S...

Berlalunya waktu

terimakasih krn tak biarkan waktu ini berlalu tanpa menghadiahkan doa utk saya :) Siapa diantara kita yang cukup solat lima waktunya? . Siapa diantara kita yang solat subuh di awal waktu? . Siapa diantara kita yang solat subuh berjemaah? . Siapa diantara kita yang solat subuh berjemaah di masjid? . Siapa diantara kita yang bangun sebelum subuh untuk mendirikan solat tahajjud? . Siapa diantara kita yang membaca sekurang-kurangnya satu muka surat drpd AlQuran dlm solat tahajjudnya? . Berapa banyak masa yang kita luangkan untuk Allah? . Berapa banyak masa pula yang kita luangkan untuk selainNya? . 24Jam diberi, tidak kira yg tua mahupun yg muda, yg berada mahupun yg sederhana. Yang membezakan adalah cara kita menghargainya. 💕 27th Rabiulakhir 1438H 💕

Infiniti Syukur

اللهم بشرني بما أنتظره منك وأنت خير المبشرين Tambah lagi setahun Jasad diberi untuk memaknakan erti Syukur Bukan sekadar lafaz Tetapi dengan  Ibadah yang lebih bersungguh Ketaatan yang lebih utuh Dan hati yang lebih tawaduk Apapun azam yang tercatat Jangan rebah sebelum cuba Jangan kata susah, Yang penting mula Belajar istiqamah, Biar manisnya terasa Alhamdulillah,  Peluang datang sebagai anugerah.  Bismillah,  Langkah dengan berjiwa hamba. 💕4th Rabiulakhir 1438H ;  || 23rd, Sanah Helwah ||

Pelangi Ke-empat

< Jumaat yg lebih indah drpd biasa || 21st December 2012 || sembilan tiga puluh tujuh pagi >  "Kalau nak dibandingkan, sebenarnya jaga (hafazan) AlQuran lagi susah drpd jaga hati"   -Sahabat Syurga   betul. sbb kita ni manusia. Lalai, cuai, sering lupa; mmg sifat kita. Tapi belum terlambat kan utk 'memikat hati' Sang Pencipta? وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ "Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik" (Surah Al-Ankabut: 69) 2013 Tahun pertama,  nampak murajaah Al-Quran kurang penting. 2014 Tahun kedua, dpt semangat drpd bidadari-bidadari syurga. 2015 Tahun ketiga,  kenal erti "sendiri" yg sebenarnya tk pernah sendiri. 2016 Tahun keempat,  pertolongan dtg bertubi-tubi. Tahun-tahun akan dtg? ...

Ada apa pada nama .

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَعِبٌ وَلَهْوٌ ۖ وَلَلدَّارُ الْآخِرَةُ خَيْرٌ لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ ۗ أَفَلَا تَعْقِلُونَ ( 6:32) Pangkat dikejar Jawatan dijunjung Nama dituntut Aduhai Betapa ramai yang hanyut dalam arus duniawi Tenggelam dalam nafsu sendiri Yang dikejar itu Atau yang dijunjung Mahupun yang dituntut Mungkin banyak manfaat yang dapat digapai Dan semakin dikenali ramai Satu kejayaan buat sesetengah orang Tapi kalau buat pahala kurang Silaturrahmi goyang Mardhatillah hilang Nak teruskan atau lepaskan? Ingat semua itu adalah amanah Dan amanah bakal dipersoalkan Akhirnya Ada apa pada nama jika kau tak dapat pandu ke arah islah? 💕 19th Rabiulawwal 1438H 💕

Degil

|| Saya bercita-cita untuk menjadi sebenar-benar Hamalatul Quran agar dpt menjadi Hamba yang paling Allah sayang. Doakan saya, ya? || “Isyh, degil la erika ni!” “Alaa degil sgt ke? 😢” “aah, degil sgt. Da tawu tk kuat tp nk jugak buat” “tapi, degil kita degil yang positif kan? 👉👈” (mmg case tknk kalah. eheh.) Moga degil, Degil dalam membuat sesukar manapun sebuah kebaikan. Degil dalam melaksanakan seberat manapun sebuah kewajipan. Degil dalam mempertegakkan hak-hak Islam walau sehebat manapun dugaan yang datang. Moga sifat degil yang ada dlm diri ini membuahkan hasil  untuk Islam yang dicintai, Ummah yang dikasihi, Dan Allah yang disayangi.  Moga tetap degil untuk terus usaha menyucikan hati dan mengikhlaskan semuanya untuk Ilahi.  💕 9th Rabi'ulawwal 1438H 💕