Skip to main content

Posts


Syafaakillah .

Allah Tuhan kita semua. Sebesar manapun kesalahan kita, DIA sentiasa menanti untuk menerima taubat kita. Tapi, adakah kita mencari DIA? ت .................................... Untuk pancaindera yang tak terjaga Untuk ibadah yang banyak kurangnya Untuk hati yang penuh dengan bintik-bintik dosa Syafaakillah . ; Syafaakillah . -Eri.Sa 1541Hrs, 09031440H/ 17112018M. || Musim exam. Sakit sikit. Tapi lebih baik sakit jasadi daripada hati mati, kan? ت Doakan erika, okay? ت|| ................................. Di dalam sidang pengadilan rasa, Yang tertuduh tanpa ragu-ragu mengaku bersalah; Tertuduh: Benar, Yang Arif. Saya telah mencuri hatinya. Hakim: Apakah hukuman yang anda rasa layak untuknya, wahai mangsa? Mangsa: Yang Arif, jika benar dia disabit bersalah, izinkan saya untuk penjarakan dia di dalam hati saya sebagai raja yang dapat mentadbir generasi saya hingga layak menakluki kota Syurga ت

Retak tak terbiar .

المرء على دين خليله -أو كما قال ص "Let them win. The truth will prevail" -Dukturah . Dunia nyata bukan imaginasi Dirakam untuk dihisab nanti Lidah mereka mengungkap benci Nasihat tak lagi didengari Gerak-gerinya terlihat keji Keegoan bertakhta di hati Hati-hati menjarak pergi Lemah lidah menasihati Lelah telinga menadah emosi Lemas mata menatap ekspresi Hati sudah tak tertahan lagi Tibalah waktu melangkah pergi Bila nanti diperlihatkan segala cerita Ada yang riang, ada yang berduka Lidah terkunci tertahan bicara Telinga merakam bisikan kata Pipi dibasahi curahan airmata Peluang kedua sudah tiada Kekesalan menghantui mereka Gerakan lidah membuah pahala Dirinya disambut dengan mulia Tangisan di dunia diambil kira Mujahadahnya tak sia-sia Jalan lurus dikhaskan untuknya Memakan diri atau semakin disayangi Bagaimana agaknya pengakhiran kita? ; Retak tak terbiar . -Eri.Sa 1357Hrs 14021440H/ 23102018M Orang yang tersalah tutur atau hati ki...

Syumul .

♧; "erika, nak gi mane tu?" ♡; "Dating" Bersama al-Qur'an, yang dinilai bukan siapa yang paling cepat sampai ke penghujung garisan, melainkan siapa yang paling berat timbangan kesungguhan. Sabar dan terus sabar, ya? ت  - Self-reflect . ............... Disaat tenggelamnya insan dalam tangisan al-Qur'an merupakan pujukan untuk tetap bertahan  Menuntut sabar dalam ujian Di saat dunia terhias dengan kelalaian al-Qur'an datang bersama peringatan untuk tidak mensia-siakan banyaknya sahutan agar insan segera kembali pada Tuhan Di saat ciptaanNya sibuk mencari erti kebahgiaan al-Qur'an menjawab segala persoalan Memupuk kebersamaan Mengajar erti kesetiaan untuk memperoleh kebahgiaan yang berpanjangan Biar tak terlihat di sisi insan tapi harum mewangi di sisi Tuhan Sedarkah, Kita semua memerlukan peneman yang dapat menawarkan sebenar-benar kese...

Dua Puluh Empat .

I grew up wanting life like a fairytale. little did I know that only HIM could make magical things happen ت B etapa banyak ujian yang diberikan seolah-olah tak mampu dihadapi,  tapi tiada satu pun yang berlalu melainkan untuk mengingatkan bahawa DIA sentiasa ada di sisi . ;Self-reflect . Dua puluh empat tahun . Aku menghulur satu DIA membalasku seribu Baru terdetik keinginan DIA memberi apa yang aku perlukan Kalaupun airmata tak lagi tertahan Sahutanku tak pernah DIA biarkan Tiada satupun ujian yang melanda Melainkan untuk meingingatkan "Aku ada" Ingin selalu melafazkan syukur Tak mahu menjadi hambaNya yang futur Terimakasih Tuhan Atas nikmat Islam dan Iman  ; 24Tahun dalam kenikmatan . -Eri.Sa 0447Hrs 29121439H/ 10092018M . || Moga semakin terpilih untuk menjadi hambaNya yang Mutee'ah ||  Saja nak luahkan dan abadikan di sini; {10th September 2017- 10th September 2018} Setahun yang penuh emosi. Setahun yang banya...

Awal - Akhir .

Disebalik impian yang menggunung tinggi, ada DIA yang menguasai langit dan bumi ت Semua sudah jelas Ini peringatan yang perlu kau galas Kalau di sini kau tak siapkan bekal  Takut di sana nanti kau gagal  Kalau kau bergantung pada Yang Kekal Cinta kau pada dunia akan tertanggal Kalau hati kau benar-benar cekal  Ujian dariNya kau hadapi tanpa rasa janggal Kalau kau seorang hamba yang berakal  NikmatNya tak kau terlihat bersifat tunggal Kalau kau ringan tangan dalam beramal Syurga layaknya tempat kau bakal tinggal Jika kau tertanya kenapa hidup terasa dipulas Cuba selami celah mana yang belum kau ulas ; Awal- Akhir . -Eri.Sa 0000hrs 09121439H/21082018 .  || Tak termaknalah syukur jika tak teramal; cuma ada pada tutur || ...................................  ... dan di antara impian saya adalah awak yang mensyukuri segala pemberianNya ت

Aku yang kau gelar Hafizah .

Seperti ayat mutasyabihat, awak dan saya pasti ada rahsia tersendiri ت Aku yang kau gelar Hafizah Terlalu jauh dari sempurna Mula menghafal tertatih-tatih Mengulang masih mengadu letih Sana sini mushaf di tangan Sejuzuk pun belum tentu dalam ingatan Disoal sepotong ayat laju aku perdengarkan Lidah aku Tuhan yang gerakkan Ingin sekali Suhbatul Quran Tapi masih bermalas-malasan Jadikan ilmu sebagai amal belum terlaksana  Peribadiku tak berupa Bidadari Syurga Aku tak semulia yang kau sangka Cuma k elemahanku, Tuhan masih jaga  Bukan aku mahu dipandang hina Cukuplah kau tak lupa aku juga manusia Aku tak kata huffaz semua sama Biasalah manusia, ujian berbeza-beza Tak juga kata "jangan hafal Quran" Taman syurga telah Allah janjikan Segala puji bagi Tuhan Aku temui luka yang membahagiakan Daripada menilai aku sebaik-baik manusia Apa kata kau hadiahkan aku doa ; Aku yang kau gelar hafizah . -Eri.Sa 2233Hrs 02121439H/ 13082018M || Redha siap...

Suratan Kasih Sayang .

Dunia bukan tempat untuk bersenang, apatah lagi bila kau tak berpegang pada tali Tuhan ت "Sometimes others focus too much on our result and mislooked our struggles. Sometimes we focus too much on the test until we forget about His promises." ; self-reflect . Di siang hari dia ceria Kau kata dia bahagia Hidupnya serba sempurna Seakan tiada masalah dihadapinya Kau tak tahu tika malam mula sepi Dia tersujud lemah pada Ilahi Memohon Tuhannya memberi kekuatan hati Dengan esak tangisan yang sukar terhenti Siangnya dia banyak menghulurkan tangan Kau kata dia serba ada Tuhan pasti lebih menyayanginya Kau tak tahu di sepertiga malam Dia tersungkur layu di hadapan Tuhan Merayu agar dicampakkan keikhlasan Siangnya bukan untuk menunjuk-nunjuk Melainkan membuat hatinya terpujuk  Tuhan tak biarkan dia terasa teruk  Malamnya dihiasi tangisan Terasa tak layak menerima kenikmatan Disamping Tuhannya masih menutupkan keaiban Tidurnya dengan harapan Kesunggu...