Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2018

Tersingkap .

Apa yang awak nampak dahulu? Tak kisahlah apa yang awak nampak dahulu. Yang penting, saya nampak awak ada potensi untuk mendidik generasi kita ت "Fikirku,  peduli apa sama manusia?! Cuma Allah yang aku mahu.  Bisikku, ada apa pada dunia?! Cuma syurga impianku.  Rupanya, tiada jalan menujuMu tanpa Menyantuni makhlukMu terlebih dahulu. Kiranya, tidak terbuka pintu syurga Jika dunia tidak dijaga"  -Mufti Singapura,  Dr.Fatris Bakaram. Andai tulus sayangnya kita pada DIA Berdepanlah dengan hamba-hambaNya  sebagaimana yang DIA cinta Berurusanlah dengan ciptaanNya  dengan rasa kasih sehingga tiada yang tersakiti  kerana kita  Andaipun kita yang tersakiti  dengan sikap manusia  Katakanlah;  Allah, pilihlah aku untuk  menjadi orang yang sabar keranaMu  Andaipun ketika ingin sekali kita  melepaskan rasa marah  kerana sikap mereka Katakanlah;  Allah, kerana mereka juga makhluk yang Engkau cipta Izinkan aku untuk hanya membalas  perbuatan

Sedar .

Saya dah sampai. Awak kat mana? ت Aku pernah  meletakkan harapan dalam diam Akhirnya aku  tersungkur dalam kekecewaan Aku pernah  memberi harapan tanpa sedar Dan aku saksikan  senyuman kian pudar Aku belajar untuk istikharah pada Tuhan Walau untuk sekecil-kecil tujuan Kini aku lebih menikmati ketenangan Dalam mengharapkan  langkahku menjadi tuntunan Aku, masih belajar ; Sedar . -Eri.Sa 1345Hrs 16111439H/29072018M || dalam flight dari Singapore ke Brunei. Tinggi mahupun rendah, Ingin selalu dituntuni Tuhan || ............................................... Saya nak ikut jejak langkah awak . Awak dah sedia untuk dicontohi oleh generasi kita? ت

Musafir .

Akan datang, kita memaknakan erti 'ibadah' sama-sama, ya? ت Ingatkan aku; Dunia ini adalah tempat asing Yang hanya untuk disinggah Bukan tempat bermukim Dan bila tiba saatnya Akanku lari Bersama mereka Yang disangka asing Hingga tersenyum Dalam dakapan DIA; jauh dari mereka Yang bakal terasing Dunia- tak layak ditangisi .  Sama-sama bina masa hadapan di Syurga Firdausi? ; Musafir -Eri.Sa 2327Hrs 05111439H/17072018M || Manusia diciptakan untuk beribadah. Tapi maksud 'ibadah' itu sendiri terlalu luas, bukan? || ..................................................... Boleh saya jadi travel partner awak   ke syurga? ت

Kunci .

Kunci yang saya nak tiada di sini. Awak ada ambil kunci hati saya tak? ت Jangan abaikan andai telah diamanahkan untuk menjaganya Jangan ambil remeh sekeping hati yang Dia berikan percuma Sebelum dikongsi untuk membenihkan bahagia Sudah patuh dengan cara yang diredhaiNya? Jangan hampakan harapan yang tercipta Jangan putarbalikkan takdir yang tersusun indah Sebelum dibentuk sesuai keinginan kita Sudah cuba penuhi kehendak Dia? Jangan ambil apa yang bukan kita punya Jangan pinjam kalau tak diizinkan tuannya Sebelum mencari peluang untuk mencuri hatinya Sudah tanya kepada Pemiliknya? ; Kunci . -Eri.Sa 1735Hrs 27101439H/ 11072018M || Duduk office DH, banyak kunci. Tapi untuk rasa bahagia di sini tak memerlukan kunci, sebab ia sudah dapat dirasai sejak hari pertama erika di sini || .............................................................. Separuh daripada tahun ini telah berlalu.  Nak tanya, boleh saya tolong lengkapkan separuh agama awa