Skip to main content

Posts

Showing posts from 2019

Warkah Cinta dan Penulisnya .

(Sekarang saya cuma mampu jadi third-wheeler IbuAyah je) Tiada yang saya harapkan melainkan kita sama-sama menjadi penyebab IbuAyah dapat tetap berpimpin tangan sehingga ke melangkah SyurgaNya ت "Erika, cuba sama-sama fikir, rasa-rasa kenapa Allah sebut (الرَّحْمَن* عَلَّمَ الْقُرْءان)?" -Murobbi ................ Tidaklah aku dapat menghafal al-Qur'an jika tidak dapat aku membacanya Tidaklah aku dapat merasakan nikmatnya bersama Kalam Tuhan melainkan ada guru yang membimbingku dalam menghayati setiap baris-baris indah darinya Tidaklah ada guru yang menyusun waktu untuk mendidikku agar tetap berpegang dengan ayat-ayatNya  melainkan ada ibuayah yang menghantarkanku kepada mereka Tidaklah ibuayah menyerahkanku kepada guru-guru al-Qur'an untuk diasuh dan dibentuk agar tidak putus asa  dalam menjadikan al-Qur'an sebagai teman setia melainkan Allah menggerakkan hati mereka untuk melakukannya Guru-guru dan ibuayah hanyalah wasilah Di se

Tinggi-Rendah .

Perlahan-lahan mentaati, semoga nanti keredhaanNya mengiringi ت Dalam riuh atau sepi, Mengingatkanku kepada seruan Ilahi; ‘أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي’ Dalam tangis atau tawa, Mengingatkanku kepada luahan Rasulullah; ‘أَفَلاَ أَكُونُ عَبْدًا شَكُورًا’ Dalam apa jua keadaan, Mengingatkanku agar meletakkan kesungguhan Untuk bernafas sambil mengagungkan nama Tuhan ; Tinggi-Rendah . -Eri.Sa 1713Hrs 29011441H/ 29092019M || dah lama hilang atas sebab-sebab tertentu. Miss me? ت|| .................... Belajar menerima warna hijau sudah, Belajar menanam pokok pun sudah. Bila pula saya dapat belajar menuai kasih di hati awak ? ت

Mengukuh Rasa .

|| 17.05.2019- The Last Fridate || Betapa agungnya Allah, menciptakan hati manusia berbolak-balik agar mereka sentiasa kembali kepadaNya ت Seketika dulu, pernah diingatkan, "Apa yang anti ada ni bukan realiti. Nanti dah habis belajar, susah nak cari masa untuk dapat betul-betul duduk mengulang. Masa anti akan tertumpu untuk orang. Khidmat. Mulai sekarang, perlu biasakan mengulang setiap masa; duduk, diri, jalan, tunggu pensyarah masuk kelas, SEMUA" - Murobbi ..................................... .  R i n d u  T a s m i k  . Bila dah terbiasa tasmik hari-hari dengan guru, tiba-tiba tak dapat datang tasmik lagi , rasa dia pelik :') ...................................... Di sebalik tabir kayu Dia merintih dan merayu mengharap keadaan seperti yang dia mahu Membisikkan, "cukup-cukuplah Engkau mengujiku" Tapi juga dengan rintih-rayu itu Hatinya lebih jitu Tidak teragak-agak mengaku "Tiada jatuh-bangunku yang terlepas dari perhati

Bukan Jalan Biasa .

Mengemudi tanpa arah ibarat awak tanpa saya. #KalaamFaasid Mengemudi tanpa tawakkal dan usaha ibarat kita tanpa Taufeeq dan HidayahNya ت #KalaamSahih "Dalam kehidupan seharian, sejauh mana kita berusaha untuk mempunyai keperibadian 'EibaadurRahman?" -Murobbi Ingin sekali menyibukkan diri agar tumpuan beralih arah Tapi diri jadi lelah, menepis bisikan yang menyinggah Lalu DIA hadirkan mereka yang perlu diberi perhatian walau sedetik cuma Ingin sekali bercerita menghilangkan kecelaruan minda Tapi mulut terdiam, membisu tak terluah Lalu DIA datangkan mereka yang mengharapkan dia memahami apa yang mereka rasa Ingin sekali menangis agar ia tak lagi menyesakkan dada Tapi airmata jadi kering, dingin tak tertumpah Lalu DIA tunjukkan mereka yang diduga dengan banyaknya masalah Ingin sekali menulis merungkainya dengan kata-kata Tapi tangan jadi kaku, beku tak terarah Lalu DIA hantarkan mereka yang mendambakan pujukan melalui Kalamullah Dalam diam,

Pergi .

Apa bekalan yang kita sediakan untuk kehidupan kita di sana? Aku cemburu bagaimana kamu dijemput Tuhanmu Tubuhmu terbujur kaku Peribadimu dulu tak turut diam membisu Rehatlah perindu syurga Tunggu aku menyusul pula Tertanya pada diri sendiri Masih enakkah dibuai mimpi Walau telah mengetahui kematian itu pasti? اللهم اغفرلهم وارحمهم وعافهم واعف عنهم  اللهم أعز الإسلام والمسلمين ; Pergi . -Eri.Sa 1645hrs 10071440H/17032019H // genap sebulan menerima berita mengejut bila satu-satu pergi dahulu. Masyaallah mereka adalah orang-orang yang dipilih Allah untuk pergi dalam keadaan husnul khatimah, sedangkan aku masih bertatih menelusuri jalan iman dan amal kerana Allah // ....................................... Benarlah kematian adalah sebaik-baik peringatan ت

Tak memiliki .

الجنة العاجلة 💕 [04032019-09032019] Nikmat seminggu ini; Andai diambil kembali Semoga semangat untuk suhbatul Quran tak terhenti Andai diberi peluang lagi Semoga ia menjadi wasilah agar alQur'an terpahat di hati Yang pasti Kedua-duanya adalah nikmat yang sangat-sangat disyukuri Empat tahun meletakkan harapan Empat tahun menanti seseorang yang mempunyai hadaf yang sama untuk alQur'an Baru kali ini DIA makbulkan; pada saat yang aku tersangat memerlukan ; Tak memiliki . -Eri.Sa 2157Hrs 03071440H/09032019M // MasyaAllah, terlalu indah susunan Allah,  dipertemukan seorang adik solehah dengan cara yang tak tersangka :') Esok, adik solehah ada ujian ithbat alQur'an // ........................................... ♡"Eh salah, tu ayat yang kat depan" ♧"ohh sambungan dia ni kan?" ♡"Perkataan ni ade kat juz 3,5,6.." ="kalau kat juz1 (النصارى والصابئين), kalau kat ♧uz6 (الصابئون والنصارى)" ♡"ayat ni

Teruslah Lurus .

Sama-sama beramal mengikut tingkatan syurga yang kita inginkan, ya? ت Usaha kita Walau tak terhasil seperti yang diharapkan Cukuplah dengan mengingati bahawa Allah adalah sebaik-baik perancang Usaha kita Walau tak dipandang insan Cukuplah dengan mengingati bahawa DIA adalah sebaik-baik pemberi ganjaran Bila terasa kecewa dengan kerenah dunia Tanyakan kembali pada diri sendiri; "Usaha kita sebenarnya untuk siapa?" ; Teruslah Lurus . -Eri.Sa 1927Hrs 23061440H/27022018M ||Banyak sangat 'Drama' yang berlaku sebab tulis thesis yang tak habis-habis. Rindu rumah tapi taknak tinggalkan Brunei. Macam mana tu?|| ............................................. Berapa tinggi lagi saya perlu daki untuk sampai ke hati awak ? ت

Taman Syurga .

Majlis ilmu ibarat Taman Syurga. Saya teringin nak ajak awak untuk menikmatinya sama-sama ت Kau tak akan selamanya di sini Manisnya ilmu patut dikongsi Tiada makna jika memendam sendiri Terjemahkan ia ke dalam peribadi Lalu berjalanlah sambil memerhati Ada jiwa yang menanti untuk diisi Ada hati yang perlu dihidupkan kembali Resah risau ditolak tepi TarbiyahNya datang dari pelbagai segi Sampai bila ingin hanya menghilangkan dahaga sendiri Tanpa mensyukuri peluang yang diberi untuk berbakti dan memberi? Bila nikmat yang kau rasai ini terganti dengan sesuatu yang bukan kau ingini, aku harap kau tetap pandang yang diaturkan semua adalah bentuk tarbiyah dariNya, lalu berusaha menjalankan amanah dengan sebaiknya. ; Taman Syurga . -Eri.Sa 1403HRS 05012019 //Dalam flight dari Singapura ke Brunei. Few months left. Ter-risau kalau lepas ni tak dapat peluang untuk belajar. Taman syurga ini pasti akan dirindui // .......................... Sudi tak awak bersama saya h