|| 17.05.2019- The Last Fridate || Betapa agungnya Allah, menciptakan hati manusia berbolak-balik agar mereka sentiasa kembali kepadaNya ت |
Seketika dulu, pernah diingatkan,
"Apa yang anti ada ni bukan realiti. Nanti dah habis belajar, susah nak cari masa untuk dapat betul-betul duduk mengulang. Masa anti akan tertumpu untuk orang. Khidmat. Mulai sekarang, perlu biasakan mengulang setiap masa; duduk, diri, jalan, tunggu pensyarah masuk kelas, SEMUA"
- Murobbi
.....................................
. R i n d u T a s m i k .
Bila dah terbiasa tasmik hari-hari dengan guru, tiba-tiba tak dapat datang tasmik lagi , rasa dia pelik :')
......................................
Di sebalik tabir kayuDia merintih dan merayu
mengharap keadaan seperti yang dia mahu
Membisikkan, "cukup-cukuplah Engkau mengujiku"
Tapi juga dengan rintih-rayu itu
Hatinya lebih jitu
Tidak teragak-agak mengaku
"Tiada jatuh-bangunku yang terlepas dari perhatianMu
Tiada perjalanan yang kutempuh tanpa pengetahuanMu
Tiada susunan yang lebih baik dari susunanMu"
Lalu rasa tenang menyelubungi kalbu
dengan zikir yang bertalu
"Cukuplah Allah bagiku"
; Mengukuh Rasa .
-Eri.Sa
1857Hrs
17101440H/ 21062019M
|| 5th week since the last fridate. Rindu my 'princessy-fridate' kat surau UNISSA. Belum move on aihh but insyaallah, i'll win this "Adapting Game". Doakan Little Mutee'ah-To-Be ت ||
....................................
Aku mengharapkan seseorang yang ingin sama-sama denganku untuk mendidik generasi al-Qur'an.
Jika tiada, aku tahu Tuhan ingin ganjaranku dilipatgandakan.
...................................
Okay, done mood serious. Now #MoodSenget
"Tengok wayang apa yang best?"
"wayang cerita kelakar (?)"
"ada yang lagi best"
"apa dia?"
"tengok awayang pilih untuk setia di samping saya hingga ke Syurga" ت
Comments
Post a Comment