Skip to main content

Setuju untuk se-tuju .

"Lagi?"
"Yup, nak berulangkali"


#1

"Betul ke?"

"I choose to hold on to this, no matter how the actions said otherwise"

"Means you are guiding your heart well lah"

Sesuatu yang samar-samar, anggap lah ia cuma hiasan perjalanan hidup. Cukup.


#2

"Nak balik sama-sama?"

"Tapi kita tak sehaluan"

Ada orang, tak sehaluan bukan jalan pulang sahaja. tapi termasuk jalan hidup juga. Tak salah jika cara kita berbeza, yang salahnya apabila sikap toleransi tidak ingin dibina bersama. Maka, lebih baik dinoktahkan sahaja.


#3

"Sebatas kagum?"

"Yup. Sebatas kagum"

Back to basic. Jika belum pasti ke arah mana yang ingin dituju, jangan memberi harapan, jangan pula meletak harapan. Serahkan saja pada Tuhan.


#4

"Nak message direct tak? sebab panjang sanad kita ni"

"Alamak. nak qobiltu pun susah"

Bantu bila perlu tetapi tetap sekadarnya. On a serious note, orang yang baik-baik ni, respect lah masyaallah. Minta orang macam ni turunkan ilham kat kita untuk jadi baik, boleh tak eh?


#5

"Bukan tak try. Tapi memang hati tak terbukak"

"Doa banyak-banyak la. Hati ni kan Allah yang pegang"

Kita nak Allah pilihkan, tapi dah sepenuhnya ke kita serahkan hati kepada Tuhan?


#6

"Agak-Agak akan datang, boleh tak dia bertandang?"

"Memang nak jemput masuk, tapi dia yang tak sudi. Jadi tak apa lah. Cukup sampai sini"

Kadang kita okay je. Lagi-Lagi bila seseorang tu memang dikenali sebagai seseorang yang berbudi. Cuma, kita taknak lah bersama dengan orang yang taknak kita. We deserve to be happy by being with someone who knows and wants to appreciate us whole-heartedly.


#7

"Awak, kita nak bilang awak something"

"Okay, apa tu?"

"Awak jangan terkejut tau"

"Awak ni buat kita nervous. Ah, cepatlah bilang"

"Okay macam ni, .........."

"WHAT? SERIOUS?"

"Yes i am. Kita pun terkejut. I didn't even plan for this. Tak sangka pulak jadi macam ni"

"Nak cakap apa yang kita terfikir, nanti pelik pulak bunyinya. So awak focus je lah dengan apa yang awak nak buat. Yang extra-extra ni, serahkan je lah kat Allah"

Hidup ni memang banyak teka-teki. Kebanyakannya memang perlu ditepis, biar sampai masanya nanti, ia tersingkap sendiri.


********

Dalam hidup ini, ada yang perlu dilepaskan, walau ia yang paling diinginkan.

Ada pula yang perlu digenggam, walau hikmahnya belum kelihatan.

Lepas atau genggam, kedua-duanya kerana Tuhan. 

Yup, memastikan setiap gerak geri mahupun kata putus kita sentiasa kerana Tuhan adalah sesuatu yang tak mudah. Maka Allah mengajarkan kita untuk berulangkali meminta pertolongan dariNya dengan berdoa;

رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةًۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ 

“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.”

; Agar ketenangan menjadi peneman perjalanan,

kekuatan menjadi bekal sesebuah perjuangan, 

dan hati ini, sentiasa terpandu oleh Tuhan. 


**Ada yang minta part 2 untuk coretan kisah tahun lepas.
Maka tulisan ini dikeluarkan dari archived. Kira halal lah eh gap 1year 1month hahah.
Part 1 ada kat sini:

Bolak-Balik; Tolak-Tarik .

................

Untuk setiap pertanyaan
adakah saya setuju
jika
awak tunjukkan jalan ke tempat yang saya ingin tuju,

Seribu kali akan saya ulang dengan penuh keyakinan
untuk menzahirkan bahawa saya setuju.

Comments

Popular posts from this blog

Tersingkap .

Apa yang awak nampak dahulu? Tak kisahlah apa yang awak nampak dahulu. Yang penting, saya nampak awak ada potensi untuk mendidik generasi kita ت "Fikirku,  peduli apa sama manusia?! Cuma Allah yang aku mahu.  Bisikku, ada apa pada dunia?! Cuma syurga impianku.  Rupanya, tiada jalan menujuMu tanpa Menyantuni makhlukMu terlebih dahulu. Kiranya, tidak terbuka pintu syurga Jika dunia tidak dijaga"  -Mufti Singapura,  Dr.Fatris Bakaram. Andai tulus sayangnya kita pada DIA Berdepanlah dengan hamba-hambaNya  sebagaimana yang DIA cinta Berurusanlah dengan ciptaanNya  dengan rasa kasih sehingga tiada yang tersakiti  kerana kita  Andaipun kita yang tersakiti  dengan sikap manusia  Katakanlah;  Allah, pilihlah aku untuk  menjadi orang yang sabar keranaMu  Andaipun ketika ingin sekali kita  melepaskan rasa marah  kerana sikap mereka Katakanlah;  Allah, kerana mereka juga makhluk yang Engkau cipta Izinkan aku untuk hanya membalas  perbuatan

Aku yang kau gelar Hafizah .

Seperti ayat mutasyabihat, awak dan saya pasti ada rahsia tersendiri ت Aku yang kau gelar Hafizah Terlalu jauh dari sempurna Mula menghafal tertatih-tatih Mengulang masih mengadu letih Sana sini mushaf di tangan Sejuzuk pun belum tentu dalam ingatan Disoal sepotong ayat laju aku perdengarkan Lidah aku Tuhan yang gerakkan Ingin sekali Suhbatul Quran Tapi masih bermalas-malasan Jadikan ilmu sebagai amal belum terlaksana  Peribadiku tak berupa Bidadari Syurga Aku tak semulia yang kau sangka Cuma k elemahanku, Tuhan masih jaga  Bukan aku mahu dipandang hina Cukuplah kau tak lupa aku juga manusia Aku tak kata huffaz semua sama Biasalah manusia, ujian berbeza-beza Tak juga kata "jangan hafal Quran" Taman syurga telah Allah janjikan Segala puji bagi Tuhan Aku temui luka yang membahagiakan Daripada menilai aku sebaik-baik manusia Apa kata kau hadiahkan aku doa ; Aku yang kau gelar hafizah . -Eri.Sa 2233Hrs 02121439H/ 13082018M || Redha siap