Skip to main content

Bolak-Balik; Tolak-Tarik .

 

"Erika ada?"
"Ada, sedang cuba jaga kiriman istimewa dari Tuhan"



#1

"nama saya A*******. saya suka anak cik"

"*ehhhhh alamak. mengapa begitu ya orang ini. saya kat sini kot. malu la*"

"terimakasih suka anak cik. boleh kita bincang?"

seorang ibu terharu, tapi memandang realiti lebih perlu


#2

"sorry nak tanya sikit. awak dah berpunya?"

"belum, doakan kay kak. bercita-cita nak ada family al-Qur'an bila sampai masanya"

"sebenarnya gini. adik akak nak kenal-kenal dengan awak. sebab awak nampak baik sangat..."

tapi mungkin orang terlupa, kita semua ada kelemahan sendiri, dan kebanyakannya tersembunyi


#3

"saya dah istikharah, dan awak jawapan bagi istikharah saya"

"kalau saya bagitahu saya pun dah istikharah dan jawapannya berbeza, macam mana?"

istikharah bukan kunci untuk membuatkan seseorang perlu terima. istikharah adalah meminta Allah pilihkan untuk kita


#4

"Anak kau belum ada boyfriend kan? ada lah murid aku ni, dia suka anak kau. nampak kat masjid ramadhan haritu"

"murid kau hafiz Qur'an?"

ayah bukan nak hafiz Qur'an. ayah nak seseorang yang faham payah-perit perjuangan


#5

"ma, tadi i mimpi i dah kahwin! it felt so real that i woke up tersengih-sengih. sweet gituuu"

"ah cepat sikit kahwin"

"tapi dalam mimpi tu, we dont live together with a reason. so whatsapp-whatsapp macam gf-bf gitu. plan nak staycation kat mana"

"yela kau. nak cakap dengan lelaki pun susah. ni message-message konon. betul la tu mimpi je"

sebenarnya bukan sebab susah. tapi sebab ada batas yang perlu dijaga, dengan harapan hati ini mampu menghargai yang benar-benar halal, keranaNya. 


#6

"pa, i rasa i dah jumpa jodoh. Dia start dari H" (mood gurau tapi ayah dapat tangkap, so..)

"Siapa? Hang Tuah? Hang Jebat?" (angkat-angkat kening)

"alaa you win! okay-okay i serious dia start dari H. Dia.... Hamba Allah" (terhibur sendiri)

(ayah tengok anaknya besar-kecik-besar-kecikkk je)

"okay la, ni betul-betul. dia start dari H"

"hmm Hang Kebun" (sambil kacau kopi, tahu anaknya saja je tu)

"Nope. Hello Kitty"

"kau gi cepat kahwin la dik"

Hari-Hari orang cakap tentang jodoh. bukan taknak kahwin. tapi belum masanya, kan? jodoh bukan tentang kahwin je. ia lebih daripada tu


#7

"you play with words all the time, but when someone approaches you, you'll be too strict on yourself. Why?"

"simply because there's something i need to protect"

bila hati terganggu, hafazan al-Qur'an pun turut dibawa oleh bayu. sakit tuan-tuan. 


*****

Hati; seringkali berbolak-balik.
yang kadang menerima sesuatu dengan hati yang terbuka,
tapi kemudiannya menolak mentah; tanpa sebab yang munasabah.
yang mungkin pada awalnya berjanji setia,
tapi kemudiannya berhenti mempertahankannya.
yang sesaat terasa bahagia,
kemudian rasa hiba pula memenuhi jiwa.
hati; sukar untuk dijangka. (atau saya je ke yang macam ni? complicated orang kata)

dan kerana itu, Allah mengajarkan kita lafaz yang perlu diulang-ulang;

اهدنا الصراط المستقيم

;Tunjukkan kami jalan yang lurus. 

RabbunarRahman,
yang inginkan kita bebas dari mengikut nafsu,
yang pastikan kita sentiasa terpandu,
yang menyelamatkan kita dari bayang-bayang ragu :')

Falhamdulillah .

.................................................

Awak ni sejak haritu asyik tolong hantarkan kiriman orang.
Lain kali datang dengan tangan kosong pun tak apa.
Sebab saya rasa
awak ni kiriman Tuhan ت

Comments

Popular posts from this blog

Setuju untuk se-tuju .

"Lagi?" "Yup, nak berulangkali" #1 "Betul ke?" "I choose to hold on to this, no matter how the actions said otherwise" "Means you are guiding your heart well lah" Sesuatu yang samar-samar, anggap lah ia cuma hiasan perjalanan hidup. Cukup. #2 "Nak balik sama-sama?" "Tapi kita tak sehaluan" Ada orang, tak sehaluan bukan jalan pulang sahaja. tapi termasuk jalan hidup juga. Tak salah jika cara kita berbeza, yang salahnya apabila sikap toleransi tidak ingin dibina bersama. Maka, lebih baik dinoktahkan sahaja. #3 "Sebatas kagum?" "Yup. Sebatas kagum" Back to basic. Jika belum pasti ke arah mana yang ingin dituju, jangan memberi harapan, jangan pula meletak harapan. Serahkan saja pada Tuhan. #4 "Nak message direct tak? sebab panjang sanad kita ni" "Alamak. nak qobiltu pun susah" Bantu bila perlu tetapi tetap sekadarnya. On a serious note, orang yang baik-baik ni, respect lah masyaall...

Pertama dan Permata .

||khatam hafazan alQur'an sekali lagi|| 30031440H/08122018M || 9.03pagi || office murobbi || UNISSA, Brunei Darussalam || Banyak kali diulang,  "Allah nak pilih anti jadi jutawan akhirat. Tak nak ke?" -Murobbi . Kau patahkan hatiku Kau hilangkan harapanku Kau palingkan dunia dariku Semua kerana satu; Agar aku kembali kepadaMu Kau hadirkan dia Sebagai teman setia Tak pernah meninggalkan Walau terkadang selainnya Lebih aku utamakan Diturunkan lebih seribu empat ratus tahun lalu Dengan izinMu, telah sampai kepadaku Zahirnya aku berusaha untuk menjaganya Tapi kerana rahmatMu, aku yang terpelihara Bersamanya pada sepertiga malam Hatiku tenteram Walau suasana mungkin suram Ketika hari mula terang Dengannya, keresahanku seakan terbang Dan kekuatan pun datang Bila senja kian menyerlah Ia mengajarku untuk tidak mengalah Walau aku tersungkur lelah Ketika langit dipenuhi bintang-bintang yang bertaburan Aku masih sedar bahawa bersamanya bukan...

Hempas-Pulas .

"Erika buat apa tu?" "Menyulam favourite nama Allah untuk digantung dan ditatap banyak kali sehingga resap di hati" ||2023; Tahun Baru|| #1 Lepas Subuh Qur'an Time adalah masa untuk bersiap-siap pergi kerja. Ayah tutup Qur'an dan tiba-tiba bersuara;  "Kalau ada 1 ke 2 juta, tak payah nak kerja kan, dik? Boleh hari-hari cycle gi park" #2 Kepenatan semalam belum hilang sepenuhnya. Bahkan menjejak tahun baru juga belum sempat diproses dan tiba-tiba telah hampir tiba ke penghujung bulan Januari. Pagi-Pagi hampir waktu kelas bermula, rakan sekerja ajak berbicara; "Awak. Januari dah nak habis, tapi kita belum dapat adapt dengan workload kita. Cepatnya masa berlalu. Penat ya subhanallahhhh. Best eh kalau dapat cuti seminggu ke sebulan ke setahun" #3 Pulang dari kerja, adik bongsu pula masuk bilik, terus duduk di ruang workspace kak ika nya sambil mengeluh panjang. Kemudian meluah; "We work, work, work. Then we spend the money. We need to co...