Skip to main content

Hempas-Pulas .

"Erika buat apa tu?"
"Menyulam favourite nama Allah
untuk digantung dan ditatap banyak kali sehingga resap di hati"




||2023; Tahun Baru||

#1
Lepas Subuh Qur'an Time adalah masa untuk bersiap-siap pergi kerja. Ayah tutup Qur'an dan tiba-tiba bersuara; 
"Kalau ada 1 ke 2 juta, tak payah nak kerja kan, dik? Boleh hari-hari cycle gi park"


#2
Kepenatan semalam belum hilang sepenuhnya. Bahkan menjejak tahun baru juga belum sempat diproses dan tiba-tiba telah hampir tiba ke penghujung bulan Januari. Pagi-Pagi hampir waktu kelas bermula, rakan sekerja ajak berbicara;
"Awak. Januari dah nak habis, tapi kita belum dapat adapt dengan workload kita. Cepatnya masa berlalu. Penat ya subhanallahhhh. Best eh kalau dapat cuti seminggu ke sebulan ke setahun"


#3
Pulang dari kerja, adik bongsu pula masuk bilik, terus duduk di ruang workspace kak ika nya sambil mengeluh panjang. Kemudian meluah;
"We work, work, work. Then we spend the money. We need to continuously work to earn for a living. The cycle repeats. Sad, right?"

*********

Tapi kan, kerja yang diberikan kepada kita,
sebenarnya adalah cara Allah menjaga kita dari membuat sesuatu yang mendatangkan dosa,
atau yang tidak mendatangkan kebaikan kepada kita,
atau sekurang-kurangnya tidak menjadikan masa berlalu begitu sahaja. 

Di sini letaknya kepentingan niat.
Agar tidaklah kita rasa hidup ini ulangan; tiada beza antara hari ini dengan semalam, dan juga hari ini dengan hari-hari yang mendatang. 

Allah memberikan tanggungjawab kepada kita, tujuannya bukan untuk kita merasa terbeban.
Tapi semata-mata kerana Allah paling kenal kita,
dan pada masa yang sama, Allah paling sayang setiap hambaNya.

Tanpa adanya tanggungjawab,
tiada jaminan bahawa kita akan memanfaatkan masa dengan sebaiknya. Kan?
Cuba fikir kembali, selama ni, ada tak hari cuti kita yang kita biarkan separuh hari kita terbazir begitu sahaja? "i deserve a long break, i need some rest," kita kata. Tapi yeke perlu sepanjang itu? heheh jawab lah sendiri. 

**maafkan bahasa yang tak teratur. ada gaya tiba-tiba post ni erika revert to draft jugak ni hahah.

.......................

Sekarang menyulam dijadikan sebagai therapy.
Akan datang, sudi tak awak menyulam cinta antara kita pula?

Comments

Popular posts from this blog

Setuju untuk se-tuju .

"Lagi?" "Yup, nak berulangkali" #1 "Betul ke?" "I choose to hold on to this, no matter how the actions said otherwise" "Means you are guiding your heart well lah" Sesuatu yang samar-samar, anggap lah ia cuma hiasan perjalanan hidup. Cukup. #2 "Nak balik sama-sama?" "Tapi kita tak sehaluan" Ada orang, tak sehaluan bukan jalan pulang sahaja. tapi termasuk jalan hidup juga. Tak salah jika cara kita berbeza, yang salahnya apabila sikap toleransi tidak ingin dibina bersama. Maka, lebih baik dinoktahkan sahaja. #3 "Sebatas kagum?" "Yup. Sebatas kagum" Back to basic. Jika belum pasti ke arah mana yang ingin dituju, jangan memberi harapan, jangan pula meletak harapan. Serahkan saja pada Tuhan. #4 "Nak message direct tak? sebab panjang sanad kita ni" "Alamak. nak qobiltu pun susah" Bantu bila perlu tetapi tetap sekadarnya. On a serious note, orang yang baik-baik ni, respect lah masyaall

Tersingkap .

Apa yang awak nampak dahulu? Tak kisahlah apa yang awak nampak dahulu. Yang penting, saya nampak awak ada potensi untuk mendidik generasi kita ت "Fikirku,  peduli apa sama manusia?! Cuma Allah yang aku mahu.  Bisikku, ada apa pada dunia?! Cuma syurga impianku.  Rupanya, tiada jalan menujuMu tanpa Menyantuni makhlukMu terlebih dahulu. Kiranya, tidak terbuka pintu syurga Jika dunia tidak dijaga"  -Mufti Singapura,  Dr.Fatris Bakaram. Andai tulus sayangnya kita pada DIA Berdepanlah dengan hamba-hambaNya  sebagaimana yang DIA cinta Berurusanlah dengan ciptaanNya  dengan rasa kasih sehingga tiada yang tersakiti  kerana kita  Andaipun kita yang tersakiti  dengan sikap manusia  Katakanlah;  Allah, pilihlah aku untuk  menjadi orang yang sabar keranaMu  Andaipun ketika ingin sekali kita  melepaskan rasa marah  kerana sikap mereka Katakanlah;  Allah, kerana mereka juga makhluk yang Engkau cipta Izinkan aku untuk hanya membalas  perbuatan

Aku yang kau gelar Hafizah .

Seperti ayat mutasyabihat, awak dan saya pasti ada rahsia tersendiri ت Aku yang kau gelar Hafizah Terlalu jauh dari sempurna Mula menghafal tertatih-tatih Mengulang masih mengadu letih Sana sini mushaf di tangan Sejuzuk pun belum tentu dalam ingatan Disoal sepotong ayat laju aku perdengarkan Lidah aku Tuhan yang gerakkan Ingin sekali Suhbatul Quran Tapi masih bermalas-malasan Jadikan ilmu sebagai amal belum terlaksana  Peribadiku tak berupa Bidadari Syurga Aku tak semulia yang kau sangka Cuma k elemahanku, Tuhan masih jaga  Bukan aku mahu dipandang hina Cukuplah kau tak lupa aku juga manusia Aku tak kata huffaz semua sama Biasalah manusia, ujian berbeza-beza Tak juga kata "jangan hafal Quran" Taman syurga telah Allah janjikan Segala puji bagi Tuhan Aku temui luka yang membahagiakan Daripada menilai aku sebaik-baik manusia Apa kata kau hadiahkan aku doa ; Aku yang kau gelar hafizah . -Eri.Sa 2233Hrs 02121439H/ 13082018M || Redha siap