Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2018

Pertama dan Permata .

||khatam hafazan alQur'an sekali lagi|| 30031440H/08122018M || 9.03pagi || office murobbi || UNISSA, Brunei Darussalam || Banyak kali diulang,  "Allah nak pilih anti jadi jutawan akhirat. Tak nak ke?" -Murobbi . Kau patahkan hatiku Kau hilangkan harapanku Kau palingkan dunia dariku Semua kerana satu; Agar aku kembali kepadaMu Kau hadirkan dia Sebagai teman setia Tak pernah meninggalkan Walau terkadang selainnya Lebih aku utamakan Diturunkan lebih seribu empat ratus tahun lalu Dengan izinMu, telah sampai kepadaku Zahirnya aku berusaha untuk menjaganya Tapi kerana rahmatMu, aku yang terpelihara Bersamanya pada sepertiga malam Hatiku tenteram Walau suasana mungkin suram Ketika hari mula terang Dengannya, keresahanku seakan terbang Dan kekuatan pun datang Bila senja kian menyerlah Ia mengajarku untuk tidak mengalah Walau aku tersungkur lelah Ketika langit dipenuhi bintang-bintang yang bertaburan Aku masih sedar bahawa bersamanya bukan