Tuesday, 17 July 2018

Musafir .


Akan datang, kita memaknakan erti 'ibadah' sama-sama, ya? ت

Ingatkan aku;
Dunia ini adalah tempat asing
Yang hanya untuk disinggah
Bukan tempat bermukim
Dan bila tiba saatnya
Akanku lari
Bersama mereka
Yang disangka asing
Hingga tersenyum
Dalam dakapan DIA;
jauh dari mereka
Yang bakal terasing

Dunia- tak layak ditangisi . 
Sama-sama bina masa hadapan di Syurga Firdausi?

; Musafir
-Eri.Sa
2327Hrs
05111439H/17072018M
|| Manusia diciptakan untuk beribadah. Tapi maksud 'ibadah' itu sendiri terlalu luas, bukan? ||

.....................................................
Boleh saya jadi travel partner awak ke syurga? ت

Wednesday, 11 July 2018

Kunci .

Kunci yang saya nak tiada di sini. Awak ada ambil kunci hati saya tak? ت

Jangan abaikan
andai telah diamanahkan
untuk menjaganya

Jangan ambil remeh
sekeping hati
yang Dia berikan percuma

Sebelum dikongsi
untuk membenihkan bahagia
Sudah patuh
dengan cara yang diredhaiNya?


Jangan hampakan
harapan yang tercipta

Jangan putarbalikkan
takdir yang tersusun indah

Sebelum dibentuk
sesuai keinginan kita
Sudah cuba penuhi
kehendak Dia?


Jangan ambil
apa yang bukan kita punya

Jangan pinjam
kalau tak diizinkan tuannya

Sebelum mencari peluang
untuk mencuri hatinya
Sudah tanya
kepada Pemiliknya?

; Kunci .
-Eri.Sa
1735Hrs
27101439H/ 11072018M
|| Duduk office DH, banyak kunci. Tapi untuk rasa bahagia di sini tak memerlukan kunci, sebab ia sudah dapat dirasai sejak hari pertama erika di sini ||

..............................................................
Separuh daripada tahun ini telah berlalu. 
Nak tanya, boleh saya tolong lengkapkan separuh agama awak pula? ت

Monday, 25 June 2018

Tarian Pena .

Menulis tanpa bunga kata ibarat awak tanpa saya. Ehhh ت

Aku menulis untuk meluahkan 
Isi hati yang terpendam
Mengharapkan
Ia dijadikan tatapan pengajaran

Aku menulis
Sebagai salah satu pujukan
Untuk mengembalikan
Segalanya kepada Tuhan

Aku menulis
Dengan harapan
Ganjaran kebaikan
Tertulis di bahu kanan

Aku menulis

Untuk saling mengingatkan
KeredhaanNya
Adalah sebenar-benar tujuan kehidupan

Aku menulis
Bukan untuk menempah nama di mata dunia
Cukuplah tarian pena ini juga diredhaiNya

Aku menulis
Bukan untuk dijulang tinggi
Ia hanyalah catatan sepanjang perjalanan
Dalam mencari cintaNya yang hakiki

Aku menulis
Bukan untuk menghukum orang
Jauh sekali untuk merendah-rendahkan 
Aku menulis dengan segunung harapan
Kita sama-sama dapat membina kesatuan
Agar dapat ke SyurgaNya
Secara berpimpin tangan 

Aku hanya menulis

Ilham penulisan ini pun sekadar pinjaman

; Tarian Pena .
-Eri.Sa
0843Hrs
11101439H/ 25062018M.
|| Bertafakkur sepanjang perjalanan yang panjang; juga pinjaman daripada Tuhan ||

إلى الجنة زمرا

..........................................................................
Pernah tak awak rasa yang saya ini tertulis untuk awak? ت

Friday, 22 June 2018

Cerminan .

Terkadang, yang retak itu lebih bijak membina kekuatan, kan? ت


Bukan yang retak itu tak berharga
Tapi kita yang tak pandai menghargainya
Bukan yang gelap itu tak manis dipandang
Tapi kita yang tak memandangnya 
Sebagai salah satu daripada warna kehidupan

Sepasang mata pun bukan milik kita
Mengapa masih ada yang ingin merebut kuasa?

; Cerminan .
-Eri.Sa
2201Hrs
09101439H/ 22062018M .

|| jamuan bersama warga Darul Huffaz. makan-makan sambil memikir  || 

Izinkan saya untuk menjadi cerminan awak, boleh? ت

Sunday, 17 June 2018

Deep blue oceon (Raya) .

dalam kesibukan mengeratkan hubungan antara sanak saudara, apa kata kita adakan masa untuk mengunjungi rumahNya? ت


*****
*****

"Ni yg anak salwa nombor 2 kan?"
"Aah, ni la yg brunei"
"Eh, tak nek. Erika org singapore, belajar je kat Brunei. eheh"

*****

*mama call sblm serbu rumah orang*,
"Ade rumah tak?"
"Ada2. Datanglah. Semua ada? erika ada?"
"Ah semua ada ni. erika pun ada."
"Kay, jemputlah datang. Ade org nk tgk"
*alamak, terase tak jadi nk dtg beraya*

*****

"Erika, dah ade ke?"
"Eheh kalau jodoh untuk kahwin tu belum la cik. tapi Alhamdulillah, ade jodoh dgn Quran"
"insyaallah ade la tu nanti. cik selalu doakan Erika dapat jodoh yang baik2, yang bole tgkkn (hafazan) Quran Erika"
"hehe terimakasih, cik sbb selalu ingat untuk doakan Erika. Erika mmg sgt2 perlukan doa drpd semua orang"
*mood: terharu*

*****

"kalau yg mak nak yg ni, si ayah nk yg tu, mcm mane eh? Kan tersepit"
"Klu gitu, mmg yg si anak la yg kene buat pilihan. Istikharah. Biar pilihan tu, serahkan kat Allah."
*yes, dik. tapi kadang kte terlupe. ade jgk yg mmg buat2 lupe kan? :') *

*****


"You, mcm mane ni?"
"Choose je la. Ape susah? N tkkn tkde feeling pun kat one of them?"
"You ingat senang eh nk suka org?  & i need someone who can be with me in achieving my dreams. I ade byk target. I tknk, disebabkan i kahwin, i kene give up dgn apa yg i target selama ni."
"hmm too educated"
* =.=' *

*****

"ika okay? Mcm jauh je termenung tadi."
"alhamdulillah, okay2. Cuma kdg terase mcm semua bende jd upside down."
"Tkpela, ika. Doalah byk2. nanti bila da jumpa mr.right, insyaallah everything is going to be alright."
"Eheh, cik. Cik pun doakan erika lebih2 la. So bila erika da jumpa mr.right, Erika bole jadi mutee'ah, bkn jd mrs. always right :p "

*****

"Ma, amek gamba adek."
*After taking photo, little imam tegur,*
"why must you cover your face? Wasting memory. Like a criminal"
*Yes, dik. Criminal, sbb byk kali je menyalahgunakan nikmat Allah :') *

*****

"ni yg bljr kat brunei kan?"
"ya, cik"
"Bljr kat sane betul2. Jauh di rantauan. Jgn busy cari boyfriend."
"Okay insyaallah, cik. Doakan erika lebih2."
*pelik je bunyi "boyfriend" tu. Tapi yang pasti, semua org perlukan doa. Sbb kte tk tawu sampai bila kita tetap kuat di jalanNya*

*****

"Why you didnt bring your Quran today? So weird."
"Takut org jadi segan nk bebual. klu simpan kat bag, takut tak terjaga pulak"
"Biarla, you always want to revise what. You ckp Quran betul dgn Quran dlm phone tak same kan?"
"Yela, tapi family kte most of them from secular. Klu awal2 da rase ade gap, tk best la if nak share apape. Once a year je jumpa."

*****

"Mane satu yg bljr kat brunei?"
"Saya, cik."
"Ah okay kat sana? You hafizah alQuran kan?"
"Alhamdulillah, brunei best. Alhamdulillah jgk, erika hafal Quran. Cuma blm betul2 mantap."
"Untung kau, li. Ade jgk satu. Erika ,Jd contoh utk adik2. Cik setiap kali ingat, mesti doakan."
*mix feelings. Alhamdulillah 'alaa kulli haal*

*****
***** 

dah 24 ni,
bila datang musim raya,
main topic of conversations setiap rumah pun mcm 'berjanji' je kan? 

Apapun, 
Cakap biar jelas,  
Bertutur biar beralas, 
Bergurau biar berbatas,
Bermaafan biar ikhlas,
Akhlak biar high class. 

Selamat hari raya! 
كل عام وأنتم أقرب إلى الله

********************************
musim raya ni, awak taknak petik bunga di taman? ت

Wednesday, 13 June 2018

Ramadhan di hati .

Saya tunggu? ت

Andai ini pertemuan terakhir kita
Sehabis daya sudahkah usaha kita
Dalam mensyukuri kehadirannya? 

Andai penantian terasa begitu lama
Cukup sudahkah bekalan kita 
Untuk mendidik sabar dalam menantikannya? 

Andai takdir bukan yang kita pinta 
Kuat sudahkah hati kita 
Untuk menerima susunanNya? 

Tapi itu semua nanti 
Kerana yang perlu dipersoalkan kini
Apakah yang kita impikan kini
Dapat membimbing diri 
Ke arah redha Ilahi? 

بارك اللهم لنا في شهر رمضان. اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عنا. اللهم لا تجعل هذا رمضان أخيرا لنا. اللهم بلغنا رمضان في كل عام، يا أرحم الراحمين 💕

; Ramadhan di hati . 
-Eri.Sa 
2313Hrs
29091439H/ 13062018M 
||malam 29Ramadhan1439H. Mohon sgt bukan yang terakhir|| 

 Masih ada masa berbaki, 
Jika kita benar-benar menghargai. 
Jom ringankan tangan agar dapat memberatkan timbangan ت
......................................................... 
Awak, dah fikir nak jadi imam sepanjang hayat di hati siapa? ت

Saturday, 9 June 2018

Ada rindu .

Awak jadi imam terawih di mana? ت

Ada rindu
Rindu pada kenangan yang tercipta
Tapi tidak mungkin dapat kita memutarkan masa 

Ada rindu
Rindu pada ujian yang membentuk kita
Tapi tak sanggup melaluinya untuk kali kedua

Ada rindu
Rindu pada diri kita yang lama
Tapi untuk memaknakan erti syukur itu lebih utama

Ada rindu 
Rindu yang perlu diterjemahkan dengan perbuatan dan kata-kata 
Tapi ada rindu 
Rindu yang cukup sekadar diluahkan melalui perbualan antara kita dan DIA 

Dan segala rasa rindu yang ada
Pimpinlah hati kita 
Agar dapat menimbangtara 
Baik atau sebaliknya 
Sesuai dengan matlamat kita
Untuk menggapai keredhaanNya

Persoalannya
Pernah tak rasa rindu pada seseorang yang belum pernah kita jumpa mahupun tahu kewujudannya? 

;Ada rindu .
- Eri.Sa 
2357Hrs
09062018M/ 25091439H

|| ada rindu yang datang menyapa pada malam 25Ramadhan. Cuma tak pasti kepada siapa dan bagaimana ia bermula ||
.....................................................................

Boleh tak saya jadi makmum awak yang paling setia? ت