Skip to main content

Saat Genggaman Terlepaskan .

 

Tangan tidak sengaja dilepaskan
melainkan untuk diangkat; memohon kebaikan dari Tuhan ت


|23072019|
Yang berjarak cuma bumi tempat kita berpijak

tapi masih di bawah langit yang sama selagi tak ditakdirkanNya untuk retak

jasad mungkin tak bersebelahan

tapi secara ruhi pasti tak berjauhan

kalau hati kita bertuhan

; yang tak pernah terfikir, kita akan terpisah se-lama ini |20122021|


Ada ketika kita diuji dengan perpisahan

bergantung pada kenangan

menghitung waktu untuk kembali disatukan

Ada juga perpisahan yang dijadikan abadi;

tak lagi dipertemukan kembali

rindu pula hanya terbalas sepi


Perpisahan mengajar erti menghargai;

mensyukuri apa sahaja yang ada di sisi,

memuncakkan rasa untuk menghadirkan hati;

menjadikan dua hati saling berkomunikasi


Perpisahan mendidik hati untuk menterjemahkan rindu

pada mulut yang terkunci bisu

walau mungkin tak berhubung

tapi tetap menyampaikan bait-bait doa kepada Yang Maha Agung


Perpisahan mengajar erti menjadi hamba

tidak membentak untuk mengikut kehendak

menjalankan amanah mengikut kemampuan

berlapang dada dengan apa sahaja yang diberikan


Perpisahan sebenarnya menyelamatkan diri

dari tindak tanduk yang terlalu sering mengikut hati

tanpa menyedari

sesuatu mungkin akan musnah pada tangan sendiri


Akhirnya, semua yang terjarak

sedang diajarkan untuk tidak bergantung pada yang fana'

agar seterusnya terselamat di akhirat kelak


; Saat Genggaman Terlepaskan .

#ErikaMuteeahWrites.

1113HRS

16051443H/20122021M

**ter-rindu kawan solehah yang jauh di mata lebih sikit hari ni.
tapi, okay jangan kacau, mungkin dia busy. 

............................................

Kini tangan masih diangkat. Sampai masanya nanti, tangan kita akan tergenggam erat ت

Comments

Popular posts from this blog

Setuju untuk se-tuju .

"Lagi?" "Yup, nak berulangkali" #1 "Betul ke?" "I choose to hold on to this, no matter how the actions said otherwise" "Means you are guiding your heart well lah" Sesuatu yang samar-samar, anggap lah ia cuma hiasan perjalanan hidup. Cukup. #2 "Nak balik sama-sama?" "Tapi kita tak sehaluan" Ada orang, tak sehaluan bukan jalan pulang sahaja. tapi termasuk jalan hidup juga. Tak salah jika cara kita berbeza, yang salahnya apabila sikap toleransi tidak ingin dibina bersama. Maka, lebih baik dinoktahkan sahaja. #3 "Sebatas kagum?" "Yup. Sebatas kagum" Back to basic. Jika belum pasti ke arah mana yang ingin dituju, jangan memberi harapan, jangan pula meletak harapan. Serahkan saja pada Tuhan. #4 "Nak message direct tak? sebab panjang sanad kita ni" "Alamak. nak qobiltu pun susah" Bantu bila perlu tetapi tetap sekadarnya. On a serious note, orang yang baik-baik ni, respect lah masyaall

Tersingkap .

Apa yang awak nampak dahulu? Tak kisahlah apa yang awak nampak dahulu. Yang penting, saya nampak awak ada potensi untuk mendidik generasi kita ت "Fikirku,  peduli apa sama manusia?! Cuma Allah yang aku mahu.  Bisikku, ada apa pada dunia?! Cuma syurga impianku.  Rupanya, tiada jalan menujuMu tanpa Menyantuni makhlukMu terlebih dahulu. Kiranya, tidak terbuka pintu syurga Jika dunia tidak dijaga"  -Mufti Singapura,  Dr.Fatris Bakaram. Andai tulus sayangnya kita pada DIA Berdepanlah dengan hamba-hambaNya  sebagaimana yang DIA cinta Berurusanlah dengan ciptaanNya  dengan rasa kasih sehingga tiada yang tersakiti  kerana kita  Andaipun kita yang tersakiti  dengan sikap manusia  Katakanlah;  Allah, pilihlah aku untuk  menjadi orang yang sabar keranaMu  Andaipun ketika ingin sekali kita  melepaskan rasa marah  kerana sikap mereka Katakanlah;  Allah, kerana mereka juga makhluk yang Engkau cipta Izinkan aku untuk hanya membalas  perbuatan

Aku yang kau gelar Hafizah .

Seperti ayat mutasyabihat, awak dan saya pasti ada rahsia tersendiri ت Aku yang kau gelar Hafizah Terlalu jauh dari sempurna Mula menghafal tertatih-tatih Mengulang masih mengadu letih Sana sini mushaf di tangan Sejuzuk pun belum tentu dalam ingatan Disoal sepotong ayat laju aku perdengarkan Lidah aku Tuhan yang gerakkan Ingin sekali Suhbatul Quran Tapi masih bermalas-malasan Jadikan ilmu sebagai amal belum terlaksana  Peribadiku tak berupa Bidadari Syurga Aku tak semulia yang kau sangka Cuma k elemahanku, Tuhan masih jaga  Bukan aku mahu dipandang hina Cukuplah kau tak lupa aku juga manusia Aku tak kata huffaz semua sama Biasalah manusia, ujian berbeza-beza Tak juga kata "jangan hafal Quran" Taman syurga telah Allah janjikan Segala puji bagi Tuhan Aku temui luka yang membahagiakan Daripada menilai aku sebaik-baik manusia Apa kata kau hadiahkan aku doa ; Aku yang kau gelar hafizah . -Eri.Sa 2233Hrs 02121439H/ 13082018M || Redha siap