Skip to main content

Menjadi yang terpilih .



Kalau saya pilih awk utk menerangi perjalanan murajaah AlQuran saya, sudi tak awak terima? :)

Bila baru shj melangkah masuk office lecturer dan belum sempat duduk pun,
Lecturer secara tiba-tiba tanya;
" يا إريكا، كيف أحوال مراجعتك للقرآن؟ " (أو كما قال)
Maka, saya pun terdiam seribu bahasa, 
cuba utk menggapai perkataan-perkataan yg terbang ke angkasa.. #BegitulahKehidupan 😌
Mesti ada jugak kan org2 yg seperti saya ni? hmmmmmmm
Sebab perjalanan huffaz ni sepanjang hayat kan? Khatam hafazan AlQuran tk bermaksud dah mantap hafazannya. Perlu kpd murajaah sentiasa. Cuma ada shj waktu yg kita tersungkur drpd bersungguh-sungguh utk mengingati KalamNya.

Teringin sangat ketika di hadapan Allah nanti,
Apabila ditanya tentang Quran,
Kami mampu untuk menjawab dgn penuh ceria;
"Ya rabbi, atas bimbingan dan petunjukMu, Kami dpt mengingati dan menghayati kesemua bait-bait kalamMu. Dgn kehendakMu juga, Kami dpt mengamalkan serta mengajarkannya kpd yang lain"

Dan Allah jawab;
"Wahai Huffaz, sesungguhnya kamu semua adalah diantara hamba-hambaKu yang terpilih"

Doakan kami tetap sabar dalam perjalanan ini, ya?
Memilih yang terbaik, moga terpilih diantara yang terbaik juga.

Just remember, 
if you wish to be a Hafiz/Hafizah, 
Then what you wish is worth waiting for :) 

اللهم اجعلنا من المخلصين 

|| Terasa nak bebel panjang tapi lahhhh ni je yg terluah ||
💕23rd Jamadilakhir 1438H💕

Comments

Popular posts from this blog

Setuju untuk se-tuju .

"Lagi?" "Yup, nak berulangkali" #1 "Betul ke?" "I choose to hold on to this, no matter how the actions said otherwise" "Means you are guiding your heart well lah" Sesuatu yang samar-samar, anggap lah ia cuma hiasan perjalanan hidup. Cukup. #2 "Nak balik sama-sama?" "Tapi kita tak sehaluan" Ada orang, tak sehaluan bukan jalan pulang sahaja. tapi termasuk jalan hidup juga. Tak salah jika cara kita berbeza, yang salahnya apabila sikap toleransi tidak ingin dibina bersama. Maka, lebih baik dinoktahkan sahaja. #3 "Sebatas kagum?" "Yup. Sebatas kagum" Back to basic. Jika belum pasti ke arah mana yang ingin dituju, jangan memberi harapan, jangan pula meletak harapan. Serahkan saja pada Tuhan. #4 "Nak message direct tak? sebab panjang sanad kita ni" "Alamak. nak qobiltu pun susah" Bantu bila perlu tetapi tetap sekadarnya. On a serious note, orang yang baik-baik ni, respect lah masyaall

Tersingkap .

Apa yang awak nampak dahulu? Tak kisahlah apa yang awak nampak dahulu. Yang penting, saya nampak awak ada potensi untuk mendidik generasi kita ت "Fikirku,  peduli apa sama manusia?! Cuma Allah yang aku mahu.  Bisikku, ada apa pada dunia?! Cuma syurga impianku.  Rupanya, tiada jalan menujuMu tanpa Menyantuni makhlukMu terlebih dahulu. Kiranya, tidak terbuka pintu syurga Jika dunia tidak dijaga"  -Mufti Singapura,  Dr.Fatris Bakaram. Andai tulus sayangnya kita pada DIA Berdepanlah dengan hamba-hambaNya  sebagaimana yang DIA cinta Berurusanlah dengan ciptaanNya  dengan rasa kasih sehingga tiada yang tersakiti  kerana kita  Andaipun kita yang tersakiti  dengan sikap manusia  Katakanlah;  Allah, pilihlah aku untuk  menjadi orang yang sabar keranaMu  Andaipun ketika ingin sekali kita  melepaskan rasa marah  kerana sikap mereka Katakanlah;  Allah, kerana mereka juga makhluk yang Engkau cipta Izinkan aku untuk hanya membalas  perbuatan

Aku yang kau gelar Hafizah .

Seperti ayat mutasyabihat, awak dan saya pasti ada rahsia tersendiri ت Aku yang kau gelar Hafizah Terlalu jauh dari sempurna Mula menghafal tertatih-tatih Mengulang masih mengadu letih Sana sini mushaf di tangan Sejuzuk pun belum tentu dalam ingatan Disoal sepotong ayat laju aku perdengarkan Lidah aku Tuhan yang gerakkan Ingin sekali Suhbatul Quran Tapi masih bermalas-malasan Jadikan ilmu sebagai amal belum terlaksana  Peribadiku tak berupa Bidadari Syurga Aku tak semulia yang kau sangka Cuma k elemahanku, Tuhan masih jaga  Bukan aku mahu dipandang hina Cukuplah kau tak lupa aku juga manusia Aku tak kata huffaz semua sama Biasalah manusia, ujian berbeza-beza Tak juga kata "jangan hafal Quran" Taman syurga telah Allah janjikan Segala puji bagi Tuhan Aku temui luka yang membahagiakan Daripada menilai aku sebaik-baik manusia Apa kata kau hadiahkan aku doa ; Aku yang kau gelar hafizah . -Eri.Sa 2233Hrs 02121439H/ 13082018M || Redha siap