Skip to main content

Buah Susah .

Sudikah awak menjadi 'Nur' saya jika saya terperangkap di dalam 'zulumat'? ت

Biar terasa susah dalam usaha
Memahatkan ayat-ayatNya ke dalam dada
Walau hingga deras mengalirnya airmata
Daripada terasa hilang rasa manisnya
Menghambakan diri padaNya
Walau tersangat lancar melantunkan Kalamullah

Di kesepian malam ini
aku berharap 
agar dapat mencontohimu 
yang istiqamah di jalanNya

Dan di kesepian malam ini juga
Aku mengharap 
adanya jiwa-jiwa tulus sepertimu 
yang tak putus-putus mendoakanku 
agar terus kuat 
meniti perjalanan yang diredhaiNya

اللهم ارزقنا حلاوة ذكرك
 اللهم اجعلنا من أهل القرآن واجعلنا من المخلصين
;Buah Susah . 
-Eri.Sa 
2357Hrs
27071439H/14042018M 
||zouq n hammasah, ke mana lagi kau menghilang?|| 

Serious, Susah yg mendekatkan itu sangat lebih dicintai drpd susah yg menjauhkan. Dan sungguh, susah yg menjauhkan itu datang daripada diri sendiri yang bertimbunan dgn dosa.
......................................................
27rejab1439H;
Israk mikraj? Nak 'israk' ke hati awak yang tulus mencintaiNya agar dapat sama2 'mikraj' ke jannatul a'laa, boleh? ت

Comments

Popular posts from this blog

Setuju untuk se-tuju .

"Lagi?" "Yup, nak berulangkali" #1 "Betul ke?" "I choose to hold on to this, no matter how the actions said otherwise" "Means you are guiding your heart well lah" Sesuatu yang samar-samar, anggap lah ia cuma hiasan perjalanan hidup. Cukup. #2 "Nak balik sama-sama?" "Tapi kita tak sehaluan" Ada orang, tak sehaluan bukan jalan pulang sahaja. tapi termasuk jalan hidup juga. Tak salah jika cara kita berbeza, yang salahnya apabila sikap toleransi tidak ingin dibina bersama. Maka, lebih baik dinoktahkan sahaja. #3 "Sebatas kagum?" "Yup. Sebatas kagum" Back to basic. Jika belum pasti ke arah mana yang ingin dituju, jangan memberi harapan, jangan pula meletak harapan. Serahkan saja pada Tuhan. #4 "Nak message direct tak? sebab panjang sanad kita ni" "Alamak. nak qobiltu pun susah" Bantu bila perlu tetapi tetap sekadarnya. On a serious note, orang yang baik-baik ni, respect lah masyaall

Aku yang kau gelar Hafizah .

Seperti ayat mutasyabihat, awak dan saya pasti ada rahsia tersendiri ت Aku yang kau gelar Hafizah Terlalu jauh dari sempurna Mula menghafal tertatih-tatih Mengulang masih mengadu letih Sana sini mushaf di tangan Sejuzuk pun belum tentu dalam ingatan Disoal sepotong ayat laju aku perdengarkan Lidah aku Tuhan yang gerakkan Ingin sekali Suhbatul Quran Tapi masih bermalas-malasan Jadikan ilmu sebagai amal belum terlaksana  Peribadiku tak berupa Bidadari Syurga Aku tak semulia yang kau sangka Cuma k elemahanku, Tuhan masih jaga  Bukan aku mahu dipandang hina Cukuplah kau tak lupa aku juga manusia Aku tak kata huffaz semua sama Biasalah manusia, ujian berbeza-beza Tak juga kata "jangan hafal Quran" Taman syurga telah Allah janjikan Segala puji bagi Tuhan Aku temui luka yang membahagiakan Daripada menilai aku sebaik-baik manusia Apa kata kau hadiahkan aku doa ; Aku yang kau gelar hafizah . -Eri.Sa 2233Hrs 02121439H/ 13082018M || Redha siap

Hempas-Pulas .

"Erika buat apa tu?" "Menyulam favourite nama Allah untuk digantung dan ditatap banyak kali sehingga resap di hati" ||2023; Tahun Baru|| #1 Lepas Subuh Qur'an Time adalah masa untuk bersiap-siap pergi kerja. Ayah tutup Qur'an dan tiba-tiba bersuara;  "Kalau ada 1 ke 2 juta, tak payah nak kerja kan, dik? Boleh hari-hari cycle gi park" #2 Kepenatan semalam belum hilang sepenuhnya. Bahkan menjejak tahun baru juga belum sempat diproses dan tiba-tiba telah hampir tiba ke penghujung bulan Januari. Pagi-Pagi hampir waktu kelas bermula, rakan sekerja ajak berbicara; "Awak. Januari dah nak habis, tapi kita belum dapat adapt dengan workload kita. Cepatnya masa berlalu. Penat ya subhanallahhhh. Best eh kalau dapat cuti seminggu ke sebulan ke setahun" #3 Pulang dari kerja, adik bongsu pula masuk bilik, terus duduk di ruang workspace kak ika nya sambil mengeluh panjang. Kemudian meluah; "We work, work, work. Then we spend the money. We need to co